KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.
Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. baca seterusnya
Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.
Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.
Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.
Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.
Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.
Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.
Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.
Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertuduhan khalwat.
Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.
Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan
Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
EBIT Lew. FOTO Bernama. Kuala Lumpur: Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo diarah membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebi...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Faridah (kanan) tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian suaminya yang juga OKU dipukul orang ramai. - Foto NSTP/Rosli Ilham CHUKAI...
-
Salam buat semua.. Hari Nie penulis memaparkan kedai minyak petrol , guna jenama Buraq Oil..dulu kedai ni kedai caltex...untuk makluman tua...
-
AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet. ' Ini mungkin balasan Tuhan' KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak mus...
2 comments:
Assalamualaikum,
Tambah pengunjung ke blog atau lama web anda dengan bertukar laman web dengan lebih 1000 ahli di Produk Muslim Ads Network
Baru dilancarkan.. Daftar segera ia percuma!!.. kelulusan serta merta...
Terima kasih
kalau ada hudud tentu dah kena baling dengan batu
Post a Comment