Nuffnang

Sunday, September 29, 2013

Perghhh..Tiada Maaf Bagimu..wahai Isteri Mat Yo..Baru dia Ada Akai..Sikit


TIADA MAAF BAGI MU KATA MAJIKAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG KENA MAKI HAMUN OLEH ISTERI MAT YO ... TETAP TERUSKAN TINDAKAN MAHKAMAH!!!!

              AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan) sambil diperhatikan Pengurus    Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl.

Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”

Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.

Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya, semalam.

Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55 saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook (FB) serta YouTube.

AKHIRNYA ISTERI MAT YO SUDAH BERTEMU BUKU DENGAN RUAS.


SALUTE KEPADA MAJIKAN PAK CIK GUARD YANG MEMILIKI PRINSIP BENAR TETAP BENAR .... JANGAN CUBA NAK HINA KAKITANGANNYA KERANA DIA HANYA SEORANG PENGAWAL KESELAMATAN.

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH .... LAWAN TETAP LAWAN .

4 comments:

Anonymous said...

kesian kat Mat Yo dah kena queen control

Anonymous said...

Aku tgk bini dia ni muka tak lah cun sgt.Muda lagi dh tunjuk perangai buruk.Belum beranak pinak.Byk lg pompuan yg lagi cun & baik utk dibuat bini.

Anonymous said...

Salah tu..memang tak cun pun. Hodoh sehodoh perangainya

Anonymous said...

sokong anon1@11.08PM...tahniah utk mat yo...dapat 'package' 2 dlm 1

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung