Nuffnang

Monday, December 30, 2013

Gambar Sempoi Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz ..Di Majlis Kenduri Pekahwinan Fiso Omar

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal Wan Mohd Hafizol Wan Omar atau dikenali sebagai Fizo, terharu apabila Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir pada majlis kesyukuran perkahwinan beliau semalam.

Fizo dan pasangannya, Mawar Abdul Karim diraikan dalam satu majlis kasyukuran di kampung halamannya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan semalam.

Tuan Guru Nik Aziz yang juga mantan Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman pelakon itu kira-kira jam 2.30 petang disambut Fizo sendiri.

Menurut Fizo, beliau sangat gembira dengan kehadiran tokoh ulama dan politik itu pada majlis kesyukuranya sekaligus menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

"Saya gembira dengan kehadiran Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sudi hadir bagi meraikan hari bahagia kami," kata Fizo kepada media.

Majlis perkahwinan tersebut disempurnakan dengan jamuan 10 ekor lembu disediakan secara bergotong-royong penduduk sekitar Bukit Jawa dan Selising.

Fizo dan Mawar sebelum ini selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan mereka di rumah pengantin perempuan, di Counrty Height pada 10 November lalu.

1 comment:

Anonymous said...

more z9r39a0q19 replica louis vuitton replica bags online shopping q6x70y5j67 zeal replica bags hermes replica handbags p2f49k9z52 replica bags south africa read the full info here n1s34c4b93 replica designer backpacks replica bags australia c4s97d5f69

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung