Nuffnang

Saturday, May 31, 2014

Penganggur Mati Dalam Keadaan Berbogel...

Dungun , seorang penganggur ditemui mati dalam keadaan berbogel dirumahnya di flat bijangga dekat sini, kira kira jam ,12:46 tgh hari tadi.

Mangsa abdul wahab 50, ditemui oleh Yuslizam yusuf  37, dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari yang lalu.
Yuslizan berkata, penduduk tinggal berhampiran rumah arwah Abdul Wahab sebelum itu memaklumkan kepadanya terdengar deruan air paip tanpa henti selain bau busuk dari rumah mangsa sejak beberapa hari lalu. 

"Atas maklumat itu, saya dan beberapa rakan lain segera ke rumah Allahyarham dan memanggil namanya tetapi tidak bersahut. Disebabkan tiada cara lain, saya menendang pintu depan sehingga terbuka dan ketika itu juga bau busuk terus menusuk hidung," katanya ketika ditemui di lokasi berhampiran tempat kejadian, petang tadi.
Foto
YUSLIZAN menunjukkan tempat mangsa ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung