Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menangguhkan permohonan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang difailkan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menangguhkan pengesahan lafaz cerai itu selepas Abby memaklumkan terdapat satu lagi lafaz yang dibuat suaminya, Mohd Nor Farhan Che Bakar, sebelum ini.