Nuffnang

Wednesday, July 30, 2014

Mesej PAS bocor: Kerjasama dengan Umno di S'gor

Satu paparan skrin aplikasi kiriman mesej Whatapps yang terbocor mendedahkan pemimpin jawatankuasa PAS pusat secara aktif membincangkan mengenai kemungkinan senario parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.Ini mungkin petunjuk terbesar setakat ini bahawa ancaman perpecahan Pakatan itu menjadi benar, apabila paparan skrin itu tersebar dalam Facebook yang menunjukkan ahli jawatankuasa PAS Mohd Zuhdi Marzuki sedang membincangkan bekerjasama dengan Umno.

Beliau, seorang pensyarah, menggariskan satu senario bagaimana PAS boleh keluar daripada Pakatan dan kemudian membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di DUN Selangor melalui bantuan Umno, dengan mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Perbualan yang berlaku dalam kumpulan WhatApps melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS pusat.

Seorang anggota jawatankuasa yang tidak tidak mahu dinamakan, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa paparan skrin WhatApps itu adalah asli.

Beliau kemudiannya dalam Facebooknya tidak menafikan kandungan mesej tersebut sebaliknya menafikan beliau sebahagian daripada kumpulan itu yang membangkitkan idea meninggalkan Pakatan.

"Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.

Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur," tulisan Mohd Zuhdi dalam Facebooknya dipetik.

13 comments:

bunbinban said...

biarkan PAS. Dorang seronok jadi 'lauk' UMNO. Bangga di panggil bangang. Kalau PAS rasa mampu bergerak sendirian, silakan. Atau nak bersama UMNO yg perjuangannya dulu di persoalkan oleh PAS atau lebeh tepat di persoalkan Hadi Awang dlm 'amanatnya'. Dan jgn lupa bawa sekali Tantawi, MP paling bangang penah PAS ada.

Anonymous said...

Ahli pas perlu melakukan sesuatu bagi menurunkan pemimpin jelek ini secara drastik. Bagi aku islam is for all tidak kira apa bangsa. Bersekongkol dengan umno(melayu) yang tolak islam memang haramjadah..Allahuakhbar.. biar aku dan anakcucu mati dalam islam bukan dalam ugama melayu yang munafiqqq..

Anonymous said...

Tak lain dan tak bukan telah dijanjikan dengan fulus beb. Mata dah mula berpinar pinar nak dapat fulus rban riban. Haramjadah pemimpin yang bertopengkan agama kerana fulus. Kalau lo orang pas keluar dari pakatan, tak lama lu orang akan merempatlah tepi jalan, sebab lu orang ada berapa kerat. Lu orang akan kena kelentong habis habisan. Kesian Allah bagi otak kat lu orang tapi lu orang bukantak pandai guna otak tapi memang tak berotak

Anonymous said...

JGN CEPAT PERCAYA DGN MSJ2 PALSU YG INGIN MENGHANCURKAN PR SELANGOR...MUSUH2 PR TERLALU PAKAR DALAM MEMBUAT SPEKULASI!...

Anonymous said...

Aik, sejak bila Pas cium bau taik tu wangi, sampai nak terjun ke dalam tongnya. Kalaulah benar, tahniah. Kalau salah mohon maaf.......

Anonymous said...

Aku sokong pas....

Anonymous said...

Harap-harap PRU14 nanti Pakistan, Bangla dan Indon( Warga Malaysia ) sempat mendaftar parti politik masing masing dan bertanding dlm pilihanraya tersebut. Mungkin boleh guna slogan "1Malaysia untuk semua" dan aku yakin orang Malaysia yang sudah muak dengan politik Malaysia akan buat undi protes. Kita boleh memilih masyarakat antarabangsa pula untuk memimpin kita. Kita cuba singkirkan pemimpindari kalangan melayu, cina dan india kali. Terbukti mereka hanya dari kalangan orang-orang yang tamak. ini.....

Putra IJ80 said...
This comment has been removed by the author.
Putra IJ80 said...

Jika benar...PAS akan untung SEKARUNG tapi akn rugi BERGUNI GUNI....

Anonymous said...

Jika benar pas nk bkerjasama umno sgor nmpk sgt kebodohan mgalahkn lembu sbb sgor ada noh omar seorg yg byk mkn yng rakyt n pas sgor xtahu tht y aku rs jika buat kjsama ini boleh dikatakn pas bubar je msk blk umno mcm mn tahu noh byk sgt mkn tnya pd najib mgpa dia xlntik noh jd mnteri wpun noh seorg yg keja kalau nk dibndingkn hasan malek jauh ok noh tp...

Anonymous said...

Elok lah PAS keluar Pakatan sebab bukan sekali PAS buat hal dalam PR termasuk semasa PRU 13. Pengundi dah bosan dengan sikap pemimpin PAS yang mulut manis tapi jubor masam. PAS lebih sesuai bekerjasama dengan UMNO, bak kata buku bertemu dengan ruas..

Anonymous said...

Begini kah nilai (value) para pemimpin PAS yang dikatakan islamik. DAP yang bukan Islam di lihat lebih ikhlas dalam persahabatan dimana perbezaan pendapat sentiasa ada tetapi tidak sampai ke tahap menikam dari belakang. Wahai pemikir2 PAS tak payah lah nak menipu kerana PAS mengidamkan kerusi MB melalui kerjasama dengan UMNO telah lama diketahui malah tak pernah padam sejak Hassan Jati.

zaid Pastrana said...

PAS terbahagi kpd 2 group...PAS mana yg anda sokong?Dewan Ulama' ke,Profesional?

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung