Kes pukul: Mara gantung 8 pelajar MRSM Balik Pulau
.png)
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Azmi Mohamad berkata pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah.
Menurutnya, perkara itu akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak.
"Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Isnin lepas, polis menahan lapan pelajar terbabit di sekolah itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dengan diiringi guru mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Azmi berkata, Mara bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul
No comments:
Post a Comment