Nuffnang

Friday, May 29, 2015

KES ..ADI GENIUS : KENAPA SEKARANG BARU COMPLAINT?'


Isu yang melibatkan pelajar self proclaimed dirinya genius ini, Adi Putra, nampaknya masih tidak berkesudahan. Orang ramai masih menyalahkan kerajaan sehingga mendakwa kerajaan tidak gemar dengan orang yang genius seperti Adi Putra. Sebaliknya lebih berminat dengan mereka yang mempunyai minda seperti Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan.

Isu ini pula sekali lagi dibangkitkan oleh sebuah laman Facebook yang popular, Oh! Media, menyiarkan semula laporan luahan kekecewaan Adi Putra yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, tanpa sebarang penjelasan dari pihak Permata Pintar yang telah tersebar sebelum ini.

Berikutan itu, Pengarah Permata Pintar, Professor Noriah Mohd Ishak, sekali lagi memberikan penjelasan penuh di laman Oh! Media bagi menerangkan keadaan yang sebenarnya berlaku di antara pihak Adi Putra dan Kerajaan.

KERAJAAN dah hulurkan bantuan pada tahun 2008. Bapa Adi Putra menolak bantuan itu kerana Adi perlu kerja nak bayar haji pengurusnya dan sebagainya.

Itu keputusan bapanya dulu dan kata nak sekolahkan Adi di rumah. Kenapa sekarang complaint?

Kalau Adi betul-betul nak belajar semula, jumpa saya di Permata Pintar di UKM. Tak jauh dari Gombak ke UKM. Ini untuk masa depan Adi. Bapa Adi tahu saya wujud dan tahu nak cari saya atau Permata Pintar dimana. InshaAllah Adi masih boleh dibantu.

Saya bukan ahli politik dan tidak suka berpolitik. Tetapi kalau ada orang yang berhati mulia menolong anak bangsa yang pintar terutama dari luar bandar, saya beri penghormatan kepada dia.

Berapa orang di antara kita sanggup memikirkan masalah pendidikan anak-anak kampung terutama yang miskin dan tinggal di ceruk kampung tetapi pandai? Nak masuk sekolah asrama penuh pun mereka tak dapat. 

Program Permata Pintar di bawah YABhg Datin Seri Rosmah Mansor telah banyak membantu anak-anak ini dari Lubok Antu hinggalah ke Gurun.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini masa hadapan

Kita semua hanya memikirkan hal kita, kerjaya kita, gaji kita. Berapa orang di antara kita nak fikir pasal anak orang lain yang kalau tidak dikeluarkan dari kampungnya, mungkin tak dapat mencapai pendidikan yang tinggi?

Saya bukan nak mengata tetapi setiap perbualan yang saya nampak, saya tidak nampak keikhlasan nak membantu.

Kerajaan telah menyediakan sekolah untuk pelajar genius seperti Adi Putra. Sekolah tersebut di dalam UKM. Program pelajar pintar dan genius di UKM ini bermula pada tahun 2009. Kerajaan tawarkan Adi dulu untuk membantu dia melonjakkan kepintarannya tetapi bapa Adi menolak.

Adi kecil lagi, tak pandai buat keputusan. Hingga kini program anak genius di UKM ini telah membantu memberikan program pengayaan kepada lebih dari 5,000 pelajar genius seperti Adi. 

Salah seorangnya bernama Amirul Fitri yang sebaya dengan Adi tetapi sekarang telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang matematik di Johns Hopkins University di Amerika Syarikat. 

Seorang lagi bernama Shah Rahmat Shah Putra yang sedang melanjutkan pengajiannya di Bristol dalam bidang matematik.

Anda semua sangat bijak memerli. Tak tahulah kalau anda semua jadi menteri, lagi lingkup nanti. Jangan mengata orang sebab kita sendiri tidak tahu apa yang kita boleh buat dalam pelbagai situasi. Yang pentingnya, saya dah beri peluang kepada Adi untuk sertai Permata Pintar supaya dia boleh teruskan pendidikannya.

Namun, sehingga kini Adi, bapa atau ibunya hanya berdiam diri. Kerajaan mahukan yang terbaik untuk Adi. Mana tahu, kemudian boleh masuk Princeton atau Yale, bukan setakat Monash dan jadi menteri kewangan seperti yang saudara saudari impinkan.

Mohon anda yang pandai bercakap di sini (Facebook) supaya pujuk Adi masuk Permata Pintar dan kalau dia betul-betul genius, kita hantar formula dia kepada profesor di UKM bidang matematik yang boleh mengesahkan kesemua formula dia.

Saya pun boleh sebab salah satu bidang saya ialah matematik dan kami hendak Adi masuk Matematik Olympiad Program yang ada di Permata Pintar supaya kalau berjaya, dia boleh mewakili negara dan tunjuk kepada dunia kita ada 'Genius Matematik' yang boleh meningkatkan markah PISA kita.

Saya jemput semua di sini ke Permata Pintar, bukan PERMATA Negara, program tadika yang bagus itu.

By the way, Permata Negara yang mengenakan yuran yang sangat sedikit (kurang dari 150 sebulan) untuk hantar anak ke tadika itu. Makan hanya dicaj RM50 sebulan dan letakkan banyak di kawasan ibu bapa sibuk dan berpendapatan rendah. Hantarlah anak ke sana sebab programnya bagus. 

Permata Pintar adalah sekolah untuk anak-anak seperti Adi. Jika anak anda berumur 9 tahun hingga 12 tahun dan genius, dah boleh masuk tingkatan 1 yang kesukarannya sama dengan tingkatan 4 sekolah kerajaan. Kalau layak 9 tahun pun boleh masuk tingkatan 4. Kita dah lahirkan ramai pelajar genius dan mereka ramai dah di Ivy League Universiti, menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang. Yang gila matematik macam Adi pun ramai. 

Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak
Pengarah Pusat Permata Pintar Negara

12 comments:

Anonymous said...

Yang menjadi masaalah bukan budak atau bapa budak yang ginius tu tapi birokeranah nak kesitu pelbagai bak kata orang bawahan yang kurang npengajian tinggi sekarang ini jika nak membuat atau mendapat sesuatu dari pehak yang berwajib yang ada hubung kait pelajaran ialah siapa yang kita tahu(Kenal) bukanya apa yang nkita tahu (Kelulusan) inilah yang sedang berlaku sekarang bila anak orang yang tiada kepentingan dengan orang politik mereka akan disisihkan prof berada dipisisi atasan apa yang prof tahu dipesada bawahan orang kebanyakan.fikir sebelum keluarkan hujah.

Anonymous said...

Apa yang Permata buat... yang aku nampak tiap kali delegasi luar datang yang dipersembahkan adalah nyanyian dan tarian... kalau aku pintar aku tak mahu benda macam tu.

Prof tu genius sangat ke?

Anonymous said...

Terima kasih Prof. jika Prof ikhlas cuba dapatkan mereka dan tanya cerita yang sebenar. Dari situ baru kita boleh selesaikan masalah Adi. terutama Adi pernah menduduki peperiksaan ALevel kalau tak silap tapi malangnya sampai kini Adiv idak memperolehi keputusannya.

Anonymous said...

agaknya dlm 5000 tu ada x yg buku mereka digunakan oleh negara luar.. kalau i jd adi.. i pindah brunei... huhu

Anonymous said...

Tak pasai-pasai kena kutuk mengaku pandai profesor pula tu tapi buat hujah macam berkelulusan SPM dah tau ramai budak ginius pasai apa dok tunggu dipejabat nak suruh mereka datang pada kita mengaku kata peruntukan banyak kemana pula peruntukan itu pergi tolong jawab dengan ikhlas jika tidak memihak dengan kancah politik,usah jadi penyebok kalu bukan kerana politik,jika tidak masakan boleh dapat prof dengan cepat aku kenal kamu.

Anonymous said...

Kapada yang masih skeptikal tentang program ini sila lawat laman web berikut: http://ukm1.permatapintar.edu.my
Perhatikan kepada sekolah yang aktif mengambil ujian, kebanyakannya adalah dari SJK(C). Kita bergaduh disini dan mencemuh usaha yang dilakukan serta menuduh tanpa usul periksa. Letak pegangan politik ke tepi, fokus kepada pembangunan insan. Adi boleh pindah ke Brunei jika dia mahu, malah ke Australia, UK, atau Amerika tetapi dia telah membuat pilihan. Cuma jangan menuduh tidak diberi peluang sedangkan peluang sudah terbuka.

Anonymous said...

Bagus sangatlah tu Prof.....nak masukkan alam Matematuk Olympiad. Nanti jadi macam sekor tu....pegi UK jadi Pedophile...

Anonymous said...

.

.

si minah, propeser kangkung patut Tanya apa hasil berates juta

yang telah ditelan dek PERMATA?

JAWABNYA- ILEK DAH MINAH OOI


Jangan jadi mak kerbau di dalam kolam yang kocik, si adi ada jugak

sukses yang bolih di banggakan. Propeser ada keluarkan buku yang

di gunakan di mana tadika/sekolah/ uni di dalam /luar negeri ke?


kkk

.

.

.

Anonymous said...

Prof terpakasa bercakap mempertahankan PERMATA.,faham je lah kalau dia mempertahanka Adi.hilang segala apa yang dia dapat selama ni.sola benar tolak tepi .malu jadi Prof macam ni

Anonymous said...

aku dengar permata dpt juta2 bilion2, tapi nak anto anak kena bayo jgk ke....ingatkan bagi pendidikan percuma untuk anak2 kecil... kalau berbayo mcm tu takpayahla soh masuk permata kat tempat sndiri berlambak...lpstu boleh la dipotong bajet permata juta2 bilion2 tu ye, rasa mcm taknampak ape kesan jer dpt juta2 tapi abok pon tadak

Anonymous said...

itulah nama dia gomen...kalau takde sape nak dtg ke pejabat depa maknanyer takde komplen...takde aduan...dia nak tunggu rakyat dtg menyembah baru nak buat keje..kalau rakyat tak dtg bkn salah dia... gitu. sepatutnyer dpt gaji dari duit rakyat, org gomen kenalah pi carik rakyat utk membantu... ni dok goyang kaki tunggu org dtg. tapi kalau menda yg ade publisiti berduyun2 turun padang ... boleh gak muke masuk paper.

Anonymous said...

banyaknye bahlol kat sini. permata pintar ngan permata Negara tu lain ngok. permata pintar yang prof ni jaga. baca betul2 dulu sebelum tulis. duit rakyat, duit rakyat. kalau xde gst brp sen sgt cukai ko bayar. satu syarat nak tolong orang adalah tuan punya badan kena mintak tolong. sama jugak kalau ko ada masalah jiwa. takkan ko nak expect pakar psikiatri tu dtg jumpa ko. ko la kena pegi jumpa dia. baru boleh siasat, sahkan dan tolong apa2 yg patut. tapi kalo tuan punya badan sendiri rasa cukup pandai tak mau orang tolong maka jangan la salahkan orang yang nak tolong tu. lebih2 lagi bila tuan punya badan dah kata tak nak. bila dah buat cara sendiri tapi tak menjadi carik kambing hitam (kerajaan la apalagi). dia pun banyak keje lain bukan layan ko sorang je. masalah bahlol2 dalam blog macam ni mmg suka dengar pihak yang kononnya teraniaya. kat US contohnya depa prihatin sangat isu rogol sampaikan berapa banyak 'mangsa' yang buat false report. tak pasal2 polis habis masa nak layan false report manakala si tuduh plak menderita kena tuduh.

jentayu

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung