Nuffnang

Monday, May 25, 2015

Perghh !!! Gaji Baru Lewis Hamilton Bernilai RM560 Juta Atau RM512,820 Sehari..








Lewis Hamilton memuatnaikkan gambar dia menandatangani penyambungan kon baru bersama 
pasukan Mercedes-Petronas dalam laman sosial miliknya pada lewat Rabu. Perjanjian baru itu 
menjadikannya ahli sukan British dengan bayaran gaji paling tinggi dalam sejarah.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini 

> Kontrak baru ini menjadikannya ahli sukan British dengan bayaran gaji paling tinggi
> Lewis Hamilton akan terus kekal di Mercedes untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga 2018
> Pelumba berusia 30 tahun itu bakal menerima gaji £641,000 atau RM3,589,746 seminggu
> Dia mula memandu untuk Mercedes pada 2013
> Telah muncul juara sebanyak dua kali dan kini adalah juara bertahan F1
PELUMBA AMG Mercedes-Petronas Lewis Hamilton telah memperbaharui kontraknya bersama 
pasukan itu untuk tempoh tiga tahun lagi dengan bayaran gaji sebanyak £100 juta (RM560 juta) atau 
£641,026 (RM3.58 juta) seminggu.

Kontrak baru ini telah menjadikannya sebagai ahli sukan British dengan bayaran gaji paling tinggi, 
mengatasi pemain bolasepak profesional seperti Wayne Rooney,  David Beckham mahupun
Gareth Bale yang kini menerima bayaran gaji sehingga £23 juta daripada Real Madrid. Kontrak 
bernilai £100 juta itu adalah untuk tempoh tiga tahun.
Pengumuman mengenai pemeteraian perjanjian baru itu diumumkan pada lewat Rabu di Monaco, 
iaitu hos perlumbaan yang akan berlangsung Ahad ini.
Bayaran £100 juta itu tidak termasuk tajaan-tajaan peribadi dengan pelbagai syarikat lain yang
 berurusan dengan Hamilton.
Tidak sepertimana pemandu atau ahli sukan profesional yang lain, Hamilton berunding  
dengan majikannya tanpa menggunakan khidmat ejen dan oleh yang demikian, jumlah                       
 £100 juta yang diperolehinya itu tidak melibatkan bayaran komisyen yang selalu dikenakan oleh ejen.

NILAI KONTRAK BARU LEWIS HAMILTON:
> Pendapatan setahun = £33,333,333 (RM186,666,665.)
> Seminggu  = £641,026 (RM3,589,746)
> Sehari = £91,575 (RM512,820)
> Untuk setiap perlumbaan = £1,571,429 (RM8,800,002) (Berdasarkan 21 perlumbaan setahun)
> Total selama tiga tahun = £100 juta (RM560,000,000)
Pendapatannya kini adalah setanding dengan apa yang diperolehi oleh dua lagi bekas juara                         
dunia iaitu Sebastian Vettal yang kini berlumba untuk Ferrari dan Fernando Alonso yang kini  
memandu untuk McLaren.

PENCAPAIAN LEWIS HAMILTON DALAM F1:
> 75 - Pencapaian podium - 36 tempat pertama, 21 kemenangan tempat kedua dan 18 tempat ketiga.
> 67 - Mata di hadapan pencabar terdekat Nico Rosberg bagi musim 2014.
> 42 - Petak pertama sepanjang karier, yang keempat sepanjang masa.
> 36 - Kemenangan tempat pertama - menjadikannya pemandu British paling berjaya dalam sejarah F1.
> 21 - Kemenangan tempat pertama dari petak permulaan. Hanya Michael Schumacher, Ayrton Senna d
an Sebastian Vettel memperolehi lebih kemenangan dari petak permulaan.
> 11 - Kemenangan tahun lalu, menjadikannya pemandu ketiga paling berjaya dalam satu musim selepas 
Michael Schumacher dan Sebastian Vettel yang masing-masing menang 13 perlumbaan dalam satu musim.
> 7 -  Lap terpantas sepanjang 2014.
> 7 - Kedudukan petak pertama sepanjang 2014.
> 2 - Juara dunia - hanya 16 pelumba dalam sejarah F1 pernah menang lebih dari sekali.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung