1 / 1 

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 11 dalam ranking gaji tertinggi pemimpin Asia pada hari ini, lapor sebuah portal antarabangsa.

Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan portal Listabuzz April lalu, Najib dikatakan memperoleh pendapatan secara sebanyak 75,775.2 USD (RM284,194.89) setahun.

Ini bermakna secara purata, perdana menteri keenam ini memperoleh pendapatan sebanyak RM 22, 826.65 setiap bulan.
Ranking tersebut menyaksikan Presiden Myanmar, Thein Sein menduduki tangga terakhir dari 17 pemimpin dengan memperoleh pendapatan sebanyak 5,000 USD (RM18,716) sebulan.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menduduki tangga pertama memperoleh pendapatan secara bulanan  RM508,250 (RM6,099,005 setahun).

Perdana Menteri Singapura itu bukan sahaja merupakan pemimpin yang mendapat gaji tertinggi di Asia, malah tertinggi di dunia.