Nazri Bagi Amaran pada TMJ Jangan Campuri Politik Atau Kena "BELASAH"
Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Baru-baru ini Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu supaya Tengku Mahkota Johor ((TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta tidak campur tangan dalam hal ehwal politik negara atau beliau akan turut dikecam seperti ahli politik lain, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.
“Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)…kalau kerajaan ‘belasah’ kamu balik, jangan marah,” kata Mohamed Nazri yang dipetik daripada portal berita The Star dalam satu majlis di Universiti Malaya, hari ini.
Menurut Mohamed Nazri, raja-raja dan keluarga diraja berada di atas undang-undang, justeru mereka tidak sepatutnya mencampur tangan dalam politik.
“Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” kata Mohamed Nazri sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini, berhubung ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program dialog “Nothing2Hide”.
4 comments:
nak nahas budak ni. jangan berani sangat.
nanti datang ke johor dia pula kena belasah.
kah... kah... kah... kah... kah...
Anak dia mana? Kalau ada telur bersuaralah utk Papa mu....
nak penampar nazri ni.
tmj dah ajak jumpa dia.
ada berani ke?
ada teloq ke?
padan muka nazri.
najib pun berani nak tolong.
kini bertemu buku dengan ruas.
jangan u-turn sudahlah.
nak penampar nazri ni.
tmj dah ajak jumpa dia.
ada berani ke? ada teloq ke?
padan muka nazri.
najib pun tak berani nak tolong.
kini bertemu buku dengan ruas.
jangan u-turn sudahlah.
Post a Comment