Nuffnang

Saturday, June 6, 2015

Perghhh !!!! Kenapa Perlu Takut Dengan Saya : Che Det.



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sepatutnya menghadiri program Dialog PM bersama NGO, Nothing to Hide, anjuran JASA dan SukaGuam pada jam 9 pagi di PWTC. Bagaimanapun, program itu dibatalkan oleh Ketua polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar atas alasan demi ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Timbul pula dakwaan di media sosial yang menyatakan bahawa Najib telah mengarahkan Ketua Polis Negara membatalkan Dialog berkenaan kerana enggan bertembung dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula, didakwa tidak diundang oleh penganjur. Sedangkan program itu adalah program terbuka, maka mana-mana rakyat Malaysia boleh menghadirinya.

Susulan kegagalan Najib hadir ke program berkenaan, penganjur meminta Tun Dr Mahathir berucap di pentas. Enggan mengecewakan penganjur, Tun Dr Mahathir naik ke atas pentas dan memberi ucapan ringkas.

Setelah berucap beberapa minit, beberapa anggota polis naik ke pentas dan meminta Tun Dr Mahathir berhenti berucap. 

Akur dengan arahan itu, Tun Dr Mahathir berhenti berucap dan seterusnya membuat sidang media. Dan di bawah ini adalah soal jawab Tun Dr Mahathir bersama dengan media:

Wartawan: Jika diberikan peluang, adakah Tun bersedia berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?

Tun Dr Mahathir: Jika diberikan peluang untuk berdebat, sudah tentu saya menerima peluang ini dengan gembira. 

Wartawan: Kenapa pihak polis halang Tun terus berucap?

Tun Dr Mahathir: Ini kerana anda semua buat bising melampau sangat.  (Seloroh Tun disusuli dengan gelak ketawa wartawan)

Wartawan: Ada sumber mengatakan Perdana Menteri mengarahkan Ketua Polis Negara membatalkan program ini, apa pandangan Tun?

Tun Dr Mahathir: Saya tidak tahu sama ada dia (Najib) arahkan, saya tak dengar. Apa yang saya tahu, anggota polis datang pada saya semasa saya sedang berucap dan meminta saya berhenti berucap, maka saya pun menuruti arahannya. Saya seorang rakyat yang taat.

Wartawan: Najib gagal menghadirkan diri di program ini. Pada pandangan Tun, apa kesannya pada Najib?

Tun Dr Mahathir: Dia kehilangan satu peluang yang amat besar untuk memenangi semula hati para penyokongnya dengan menjelaskan segala-galanya, tiada wang yang hilang, apa yang didakwa Arul (pengerusi 1MDB) adalah benar atau tidak dan sebagainya. Dia lepaskan peluang keemasan itu.

Wartawan: Adakah Tun kecewa dengan Najib yang gagal hadir ke program ini?

Tun Dr Mahathir: Saya datang untuk mendengar penjelasan dia. Saya mengharapkan dia memberikan penjelasan yang bagus, yang akan membuatkan saya kembali menyokong kepimpinan dia. Tetapi dia tidak datang, jadi saya tak dapat nak terus menyokong dia.

Wartawan: Adakah Tun rasa ahli-ahli UMNO yang lain akan terus menyokong Tun dalam usaha mendesak Najib meletak jawatan?

Tun Dr Mahathir: Saya tidak pasti. Orang-orang UMNO ini tidak dapat dijangka. Adakalanya sokong, adakalanya tidak. Bila datang ke sebuah majlis yang dihadiri 20,000 - 30,000 orang, mereka semua berkata 'Saya sayang PM', 'Saya sokong PM', jadi mereka sudah tentulah menyokong. Tetapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, kesemuanya berubah. Komuniti Cina bangkit 70,000 tetapi tiada satu pun undi untuk Najib. 

Wartawan: Adakah Najib tidak datang kerana takut dengan kehadiran Tun di program ini?

Tun Dr Mahathir: Kenapa perlu takut? Saya manusia biasa. Saya tidak mempunyai senjata, saya tidak mampu hendak mengancam keselamatan siapa-siapa. Kenapa orang perlu takut dengan saya? Awak semua (wartawan) pun tak takut dengan saya. 

Wartawan: Tun rasa mengapa Najib tak dapat hadir hari ini?

Tun Dr Mahathir: Saya tak tahu, mungkin dia sibuk. Mungkin dia ada kerja-kerja rasmi yang jauh lebih penting dari bertemu dengan orang ramai.

2 comments:

Anonymous said...

Najib tak ada telur daa!

Master Jaguh said...

Power, Hebat, Terunggul !!
Anda Pasti Mahukan Ini .... >>> CLICK HERE !!<<<

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung