Nuffnang

Wednesday, June 17, 2015

Sekitar Gambar Amukan Gila Dari Pemain Algeria.. Pemain Malaysia Dibelasah Teruk Di Halaman Sendiri





Sekitar Gambar Amukan Gila Dari Pemain Algeria..Pemain Malaysia Dibelasah Teruk Di Halaman Sendiri..

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini masa hadapan

Melaka: Sekurang-kurangnya 12 pemain ragbi negara dikejarkan ke Hospital Besar Melaka apabila pemain Algeria mengamuk membelasah pemain Malaysia dan penyokong pada aksi final Piala Crescent di Padang Politeknik Merlimau, kelmarin.
Dalam aksi itu, Malaysia muncul juara biarpun masih berbaki dua minit sebelum tamat dengan keputusan 19-11.
Tindakan ganas pemain Algeria itu disebabkan rasa tidak puas hati ekoran beberapa keputusan pengadil yang didakwa mereka menyebelahi pasukan tuan rumah.
Bukan sahaja pemain negara dibelasah malah penyokong dan tempat pentas utama VIP turut diserang pemain lawan.
Susulan insiden berdarah itu, dua pemain negara iaitu Mohd Razmi Rozan patah jari tangan kiri manakala Abu Hurairah Tahir patah gigi.
Satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Merlimau dan kini siasatan lanjut sedang diambil pihak berkuasa..

3 comments:

Anonymous said...

Aku ingat pemain ragbi kuat sangat...kena belasah tak melawan yg lain diam aje...lain kali belajarlah juga buah pukul dan semangat setiakawan...saiz badan tak bezakan kita...kenapa tak sama sama kerjakan mereka...penonton pun bodoh...ambiklah kayuke btg besike...ramai rami serang arab bodo tu...tengok kuat tak mereka...

Anonymous said...

Alhamdulillah..semoga krm belajar sesuatu.

Anonymous said...

mana semangat setiakawan sanggup biarkan kawan / penonton dibelasah....mereka siapa dah jadi begini pedulikan semangat kesukanan...flying kick ramai2 baru mereka reti....tapi aku percaya tiada pemain algeria akan bermalam di lokap

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung