SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau tetap menyayangi Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun bekas Perdana Menteri tersebut hadir ke perhimpunan Bersih 4.0, semalam.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

"Wahai TM (Tun Dr Mahathir Mohamad) sayang, bahawa kasih sayang pada Tun tidak berubah walau ribuan nista dilemparkan. Saya tahu Tun bukan hendak jatuhkan kerajaan," kata Shahidan dalam sebuah perkongsian di Facebook.
"Cuma saya terkilan kerana Tun hadir perjumpaan DAP yang anti negara Islam. Namun kasihku pada Tun tidak akan berubah.. I love U Tun.
"Permintaan saya sebagai pejuang kecil ini ialah, tolong jangan hadir lagi. Please Tun," kata Shahidan lagi.
Semalam, Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melawat Dataran Merdeka untuk tempoh singkat.