Subhanallah. Kelihatan mayat mayat yang terbujur kaku, akubat bersesak sesak untik melontar jamrah. D mina.
LAPORAN AWAL TIADA JEMAAH HAJI MALAYSIA TERLIBAT
Laporan dari Mina yang memaklumkan terdapat tragedi rempuhan yang menyebabkan kematian seramai 310 jemaah haji meninggal dunia dan 450 cedera ( maklumat rasmi dari Kerajaan Arab Saudi). Kejadian ini dilaporkan berlaku pada 1130 pagi. Lokasi sebenar berlaku di Jalan 223 dan 204, l iaitu lokasi penempatan dan perkhemahan JH negara arab dan bukannya di Kompleks Jamrat.
Setakat ini, tiada JH Malaysia terlibat, pihak Tabung Haji masih membuat headcount bagi memastikan sekiranya ada jemaah dari Malaysia yg hilang. Pihak Peronda TH dari semasa ke semasa sedang membuat semakan secara terperinci. Untuk pengetahuan, pihak TH sememangnya menempatkan 8 post PERONDA dengan 2 orang peronda di setiap pos yang telah ditugaskan bagi memastikan pergerakan JH Malaysia dari tempat penginapan di Muassim hingga ke Kompleks Jamarat (tempat melontar). Ini bagi memastikan tiada jemaah yg tersesat memasuki laluan jemaah haji dari negara lain.
Lagipun bagi JH Malaysia waktu melontar telah ditetapkan antara pukul 530 petang dan 8.00 malam.
Secara prinsipnya pergerakan JH Malaysia tidak akan melalui laluan JH Arab iaitu jalan 223 dan 204 lokasi tragedi; ini kerana mereka akan melalui laluan yang berbeza dengan lokasi kemalangan. Bahkan dihadang dengan pagar sehingga ke Kompleks Jamarat.
Insya Allah jika JH Malaysia mengikut peraturan, laluan dan masa yang ditetapkan, kemalangan ini tidak akan melibatkan JH Malaysia.
Semoga Allah menjauhi kita semua dari bala bencana dan sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan jemaah kita disana dan umat Islam keseluruhannya.
-YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki-
(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Shahrul, lelaki di belakang Kelantan Fiesta 2010 ..hansome juga ye Shahrul Nasrun, CEO red Carpet KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya pemimpin u...
-
15 GAMBAR DALAMAN Rumah Bill Gates Orang Paling Kaya Di Dunia… Gambar TERAKHIR Akan Buat Anda TERPEGUN !!! Manusia terkaya dunia, B...
-
Hari Ketiga Dari Pai Ke Mae Hon Soon Amat Mencabar perjalanan sejauh hampir 200 Km dengan mengambil masa selama 6 jam termasuk berehat...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...
Follow twitter
Harga Minyak dan Logam Dunia
Commodities | ||
---|---|---|
Crude Oil | 67.84 | -0.07% |
Natural Gas | 4.07 | +2.83% |
Gasoline | 2.23 | -0.52% |
Heating Oil | 2.26 | -1.05% |
Gold | 3086.50 | +0.85% |
Silver | 34.64 | 1.76% |
Copper | 5.11 | +0.29% |
2025.03.31 end-of-day | » Add to your site |
No comments:
Post a Comment