Media asing yang merakamkan kejadian pada Sabtu memaparkan keadaan kanak-kanak yang mati lemas dihanyutkan ombak ke pantai ke tepi pantai dekat Bandar Ayvacik di timur laut Wilayah Canakkale.
Salah satu gambar AFP menunjukkan kanak-kanak yang mati berseluar gelap dan berbaju biru, dengan mukanya ditutup dengan topi.
Tambah menyedihkan apabila puting kanak-kanak itu berada di sisi mangsa.
Gambar lain menunjukkan seorang pegawai polis Turki memasukkan jasad seorang kanak-kanak ke dalam beg mayat.
Kejadian itu mengimbau saat kematian kanak-kanak Syria, Aylan Kurdi di pantai Turki pada September lalu.
Setakat ini, jumlah kanak-kanak yang lemas dalam kejadian berhampiran Pulau Lesbos, Greece itu belum dapat dipastikan. Laporan awal menyebut lima terkorban.
No comments:
Post a Comment