BUKIT MERTAJAM - “Kami buat semua ini atas dasar kemanusiaan, bukannya mengejar publisiti,” demikian penjelasan Pengurus Besar Tesco Bukit Mertajam, Radzuan Ma’asan mengenai tawaran yang diberikan pihaknya kepada seorang lelaki yang ditahan kerana didapati mencuri di pasaraya tersebut, Rabu lalu.
Radzuan berkata, dalam soal ini pihaknya tidak berniat untuk mencari publisiti dengan menawarkan pekerjaan kepada lelaki terbabit.
“Pihak Tesco sememangnya amat tegas dalam mengendalikan kes-kes sebegini, dan dalam hal ini kita tidak berkompromi.
“Namun dalam kes yang melibatkan lelaki itu, apa yang kami lakukan atas dasar kemanusiaan. Siasatan awal yang kita jalankan sememangnya dia berada dalam situasi memerlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di Tesco Bukit Mertajam, hari ini.
Menceritakan kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang itu, katanya, lelaki berusia 31 tahun tersebut ditahan kerana didapati mencuri buah pir wangi berharga RM5.75, buah epal Royal Gala (RM6.57) dan enam botol minuman jenama Ranger 260ml (RM14.99).
“Ketika ditahan dia terus mengaku yang dia ada ambil barang tersebut. Selepas pemeriksaan dilakukan, pihak kami jumpa kesemua barang itu.
“Dia langsung tidak berdolak-dalik. Kita pun lakukan proses seperti biasa dan masa tu dia merayu dan memberitahu ada masalah sehingga terpaksa bertindak demikian," katanya.
Katanya, pihaknya juga melakukan siasatan secara terperinci bagi memastikan apa yang dikatakan lelaki tersebut benar.
“Kami dapati dia mencuri kerana tak ada duit nak beli makanan untuk tiga anaknya yang berusia antara dua hingga tujuh tahun yang kelaparan.
“Isterinya juga yang berusia 31 tahun kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bukit Mertajam kerana komplikasi akibat keguguran,” katanya.
Mengakui agak terkilan apabila terdapat tuduhan negatif yang timbul rentetan peristiwa itu, Radzuan berkata, ada sesetengah perkara seseorang itu perlu diberi peluang kedua.
“Dalam hal ini, apa yang saya mahukan adalah lelaki terbabit dapat hidup dengan lebih selesa di masa depan. Bukan bermakna kita galakkan dia untuk mencuri.
“Apa yang pihak kami tawarkan kepadanya adalah kecil sahaja, namun saya percaya ia memberi makna besar kepada diri lelaki ini untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik dan terjamin,” katanya.
Radzuan berkata, peluang pekerjaan yang ditawarkan bukan semata-mata berkonsepkan tangkap muat. Saya katakan kepadanya dia boleh hubungi saya pada bila-bila masa, datang bekerja bila-bila masa.
“Tapi dalam perkara ini pihak kami akan pastikan yang lelaki ini akan ditempatkan di bahagian yang sememangnya menjadi kebolehannya, supaya dia dapat bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh,” katanya.
Tambahnya, kini lelaki tersebut tinggal bersama abangnya di Alma.
“Kita pun dah pergi sendiri ke rumah dia dan beri bantuan kepada keluarganya. Dan Alhamdulillah, setakat ini ramai pihak yang sudi membantu lelaki ini setelah kisahnya menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu,” katanya.
Radzuan berkata, kes yang terjadi ini merupakan pengalaman pertama baginya setelah 24 tahun berkecimpung dalam bidang peruncitan.
“Sebagai insan, kita harus ingat bahawa sekecil-kecil bantuan yang diberikan, maka ALLAH akan beri lebih lagi. Semoga apa yang kami lakukan memberi makna kepadanya," katanya.
Dalam pada itu di SHAH ALAM, jurucakap Tesco berkata, sememangnya lelaki tersebut telah ditawarkan pekerjaan, namun situasi kini tidak sesuai untuknya.
“Kita faham, dia terpaksa menguruskan anak-anak dan menjaga isterinya yang kini berada di hospital. “Buat masa ini, biarlah isterinya beransur pulih dahulu dan anaknya kembali semula ke sekolah. Selepas itu, dia boleh datang untuk bekerja,” katanya.

No comments:
Post a Comment