CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia bawah 4 tahun, terjatuh keluar dari pintu belakang sebuah van yang dipandu oleh datuknya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 27 Februari itu, insiden yang menimpa kanak-kanak itu tidak disedari oleh datuknya yang terus memandu pergi dari lokasi kejadian.
Insiden itu dipercayai berpunca dari kecuaian datuknya yang tidak menekan butang 'autolock' menyebabkan mangsa tanpa sengaja telah membuka pintu belakang kereta itu sebelum terjatuh keluar di jalan raya sibuk.
Klik SINI untuk Dapatkan Berita X berapa Sempoii seTiap hari
Klik SINI untuk Dapatkan Berita X berapa Sempoii seTiap hari
Mangsa yang kemudiannya bingkas berlari dan memanggil datuknya, namun gagal berbuat demikian.
Mujur pemandu kereta di belakang yang juga pemilik rakaman video itu sempat memberhentikan keretanya dan menyelamatkan mangsa. Mereka kemudian cuba mengejar kembali kereta tersebut.
Kanak-kanak itu akhirnya selamat dikembalikan pada datuknya.
Orang ramai diingatkan agar sentiasa mengunci pintu kenderaan agar perkara seperti ini tidak berlaku. - PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment