Nuffnang

Wednesday, April 27, 2016

Gambar Gambar Sempoi Perjalanan Kembara Musafir Hj Aswadee Ke Mekah . Day 2


Perjalanan Ke Sempadan


Aku terharu apabila disambut oleh ahli kariah surau Al-Muhajirin. Kami mengaminkan doa yg dibaca oleh Cikgu Zaidi.


Bersama legend, Along Aimpro Samudra yg tidak lokek, berkongsi ilmu touring. Aku masih lagi baru dlm bidang ini —


Pak Eid Sidek, tidak sah kalau tak berjumpa dgn Sifu ni kalau cross border. Beliau sanggup tinggalkan sekejap kerja beliau utk menyambut kedatanganku. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki beliau. — with Eid Sidek.

Berselfie..dgn Pak Eid dan Along di Warung Roti Canai Changlun. — with Eid Sidek and Aimpro Samudra.



Bertemu dgn Baba, geng offroadku dari Singapore. Kami pernah sama2 Ride and Camp di Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan 2 bulan lepas.


Di kastam Thailand utk cop Carnet De Passages (CDP)


Bersama teman2 baru di Changlun


Aku sempat bergambar dengan Angah dan Isteri yg dalam perjalanan ke Mekah dgn berbasikal. Harini sudah masuk hari ke-19 beliau dijalanan. Sungguh kuat semangat mereka. Semoga Allah permudahkan perjalanan beliau


KMU 2016: Day02 (Changlun - Bangkok) Alhamdullilah selamat sampai di Changlun pukul 6.30 pagi. Bersolat subuh di Surau Al-Muhajirin. Bersarapan dengan Pak Eid Sidek , Aimpro Samudra dan ahli keluarga beliau yg dalam perjalanan pulang dari Cambodia. Bertemu dgn Angah serta isteri yg dlm berbasikal ke Mekah. Urusan di Immigration dan Custom Malaysia dan Thailand berjalan lancar. Alhamdullilah saudara Saiful membantuku di border Thailand. Aku meneruskan perjalanan menuju ke Hatyai Junction (Station Keretapi). Alhamdullilah Allah permudahkan, aku dpt ticket utk motor menuju ke Bangkok.
Aku bertemu Baba Lau, teman offroadku dari Singapore (SOAR) di station keretapi.
Terima kasih buat Ahli KMU 2016 yg lain (Hj Jihad -RememberMe Itsstillme, Hj Badruzzaman Ishak dan Hj Aminnudin Bin Marjani) yg sanggup setia menungguku di Chiang Mai. Hanya Allah sahajalah yg boleh membalas jasa baik mereka.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung