Siapa yang biasa ikut laluan ni pasti akan jumpa uncle ni di kawasan jalan berbukit Balik Pulau ke Teluk Bahang. Memang selalunya ramai peminat basikal dan kenderaan yang lain akan ikut jalan ni terutamanya bagi penggemar aktiviti berbasikal. Tapi uncle seorang ni lain sikit dari yang lain..
Apa yang lainnya? Sambil dia beriadah menikmati kayuhan basikalnya serta keindahan alam semula jadi Balik Pulau, dia akan mengutip sampah sarap yang dibuang oleh para pengguna jalan raya yang tak bertamadun yang melalui jalan tu..
Diharap kita semua dapat mencontohi sikap baik uncle ni, bukan sekadar tahu makan, minum dan buang sisa sampah sarap ke merata jalan dan hutan sahaja tanpa mempedulikan kesannya..
Semoga kita semua dapat menjaga kebersihan dan keindahan Pulau Pinang khususnya keindahan alam semula jadi agar dapat dinikmati bersama para pelancong tempatan mahupun luar dan kekal menjadi khazanah yang tidak ternilai untuk diwarisi generasi mendatang..
Terima kasih yang tidak terhingga buat uncle ni.. uncle memang sempoi.. 👍😊👍
Kata uncle: "Tak payahlaaa angkat gambar, saya syok-syok maa.."
Dari syok-syok tula kebersihan negeri kita terjaga. Uncle sudah kutip sampah, kita bila lagi? Hehehe..
Credit to: Nonama Phionex
No comments:
Post a Comment