KMU 2016 Part 2
Hari ke 2
Abu Dhabi - Ghwaifat( Border UAE ) - Al Batha ( Border Saudi ) - Al Sharqiah
468km
Memandangkan KMU Part 2 jatuh pd bulan Ramadhan & cuaca teramat panas & kering, kami terpaksa tukar program ride pd waktu mlm.
Utk menjimatkan masa, kami cuba jg keluar awal dr rumah Mr Janna di Abu Dhabi pd pkl 5.30 ptg setelah cuaca turun pd 33 Celcius.
Memandangkan motor EX 5 Aswade tlh rosak & terpaksa ditinggalkan di Dubai, aturan yg tlh diatur ialah Aswade menjadi pillion saya & beg saya di bawa oleh Amin & beg Aswade dibawa oleh Jihad.
Agak pelik apabila susah sungguh utk jumpa stesen minyak di UAE ni. Sepanjang gurun, kami tak jumpa stesen minyak. Masing2 minyak dah nak habis & muka masing2 dah mula berkerut risau. Setelah minyak kami hampir betul2 habis..Alhamdulillah.. ada sebuah stesen minyak di Tarif.
Kami berhenti isi minyak di sini & masing2 beli tong extra utk di bawa sbg tambahan ( risau jg kot2 x jumpa stesen minyak di tgh2 gurun..masak kami ). Jihad skrg dah ada 2 extra tong minyak utk GS 800nya ..huhuhu.
Kami sampai di Tarif dah hampir maghrib. Kami tunggu di sana utk buka puasa & seterusnya solat jamak maghrib & isya'
Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Al Ghwaifat ( Border UAE ) & sampai dlm pkl 11 mlm UAE. Proses imigresen & kastam di sini ambil masa dlm 1 stgh jam. Dlm pkl 12.30 UAE..semua proses selesai & kami bergerak ke Al Batha ( Border Saudi ). Di sini proses ambil masa dlm 2 stg jam. Total urusan dokumentasi kedua2 border ambil lebih kurang 4 jam. Saya boleh katakan urusan berjalan agak mudah & lancar. Cuma 1 saja yg susah iaitu utk mendptkan cop Saudi di Borang Carnet sbb di Saudi tak perlu Carnet.
Jenuh jg kami meminta cop. Kami ditolak ke sana ke mari sbb tiap2 dept tak mau cop & kata di Saudi tak perlu. Akhirnya kami patah balik ke pejabat Kastam & saya minta tolong kpd pegawai berkenaan dgn mengatakan kalau tak cop diborang Carnet tersebut..motor kami nanti tak dibenarkan utk masuk ke Msia. Akhirnya di cop jg borang carnet kami.
Duit depost harga motor GSLC saya Boss..Kalau x dpt cop..Burn duit deposit tu..menangis x berlagu la jwb nya.
Cuma agak risau jg..Di Jedah masa nak ship balik motor nanti, mcm mana nak Auta utk dptkan cop tu nanti. Musa Kutti Mkm Mohammad ( pls take note ..hu3 ).
Utk masuk ke Saudi, kami dikehendaki membeli Insuran.Utk 2 minggu, 70 Riyal dikenakan.
Selesai saja di Al Batha dlm pkl 2 pagi UAE atau 1 pagi Saudi, kami pun mula kan ride kami di bumi Saudi.
Kami berhenti di Petro Shahab Al Batha utk isi minyak. Kami decide sahur terus di situ & seterusnya solat Terawikh. Nasib baik kami sahur di situ. Rupanya di Al Batha..subuh pd pkl 3.15 pagi. Elok kami settle solat terawikh & bersiap nak ride..tiba2 terkejut kami bunyi azan subuh. Kami pun solat Subuh dulu & teruskan perjalanan.
Dlm perjalanan tersebut, Amin & Aswade tak tahan mengantuk. Jd..kami pun berhenti di stesen minyak Al Sharqiah yg ada masjid kecil utk berehat & tidur di sini.
Semasa di Al Batha ( border Saudi ), motor Jihad overheat & terpaksa di tow. Amin ambil tugas tow motor jihad.
InsyaaAllah..selepas solat asar nanti, sekiranya cuaca dah agak tak panas, kami akan meneruskan perjalanan ke Riyadh. Semoga perjalanan kami selamat & dipermudahkan olehNya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment