SINGAPURA - Polis Singapura menahan seorang lelaki yang didakwa memandu secara biadab di Ayer Rajah Expressway (AYE) beberapa hari lepas.
Laporan Straits Times mengatakan lelaki berumur 63 tahun berkenaan ditahan berhubung sebuah kejadian pada 15 Jun lepas.
Dalam kejadian tersebut, sebuah Toyota Camry dirakam menukar lorong dengan biadab beberapa kali perlahankan kenderaan sebelum menghentam sebuah motosikal.
Mangsa, Muhammad Fazly, 29 dan pembonceng Siti Farina, 27 cedera dalam kejadian tersebut.
Laporan juga mengatakan kenderaan Toyota Camry berkenaan dirakam beberapa kali dipandu secara biadab pada 2014 dan 2015.
"Pemandu sebegitu tidak patut dibenarkan berada di jalan raya. Dia ada masalah sikap," kata Siti Farina.
Empat saksi tampil untuk membantu dalam kejadian tersebut