KUALA LUMPUR - Sebuah lori treler yang membawa muatan tujuh buah kenderaan baharu hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 421.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara menyebabkan kesesakan teruk selama empat jam di kedua-dua arah tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari tadi, treler berkenaan dalam perjalanan untuk membawa tujuh kenderaan itu dari Melaka ke Pulau Pinang.
"Pemandu treler berusia 40-an itu hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta di hadapannya sebelum melanggar penghadang jalan dan termasuk ke laluan bertentangan ke arah selatan.
Treler berkenaan turut melanggar pada bahagian belakang sebuah kereta setelah memasuki laluan yang bertentangan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Supramaniam berkata, tiada mangsa yang cedera akibat kemalangan itu, namun ia menyebabkan kerosakan kenderaan dan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer sehingga kerja membersihkan jalan selesai dilakukan pada jam 4 petang tadi.
Menurutnya, semua kenderaan terlibat dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa Hulu Selangor untuk siasatan lanjut.
Katanya, pemandu lori berkenaan turut dibawa ke balai polis berkenaan untuk disiasat kerana disyaki memandu dengan cuai. - Bernama

No comments:
Post a Comment