Nuffnang

Saturday, July 30, 2016

Gambar 3 Pelajar Tahfiz Dipukul Sampai Berbirat & Terkoyak Kulit Kepala Kerana Enggan Urut Guru


SUNGAI PETANI - Gambar dua pelajar tahfiz masing-masing berumur 10 tahun cedera
 di bahagian kepala dan badan berbirat akibat dirotan gurunya tersebar di media sosial. 

Gambar yang dimuat naik oleh Shadam Zain pada Isnin lalu, mencetus pelbagai reaksi 
netizen yang menyelar tindakan guru berkenaan.




"Anak menakan sepupu kena pukul dengan ustaz asrama Mahat Tahfiz Sungai Petani.
 Masuk akal tak? Budak 10 tahun kot? keluar asrama dengan kawan-kawan sampai kena 
tibai dengan kayu besar saiz ibu jari orang dewasa.

"Kalau macam ini orang kata mengada-ngada, tak tahulah. Kalau kena rotan tak kisah
 lagi, ini dah macam ni, agak-agaknya apa yang perlu dibuat? Tiga orang kena tibai, 
seorang lagi kepala berdarah dan seorang lagi tak pasti. Adik ini sampai bahunya terkehel," katanya.


"Ini gambar kawan dia yang kena pukul sampai terkoyak kulit kepala sampai berjahit itu.
Hampir pengsan dibuatnya. Kalau tak kena pada adik atau anak sendiri bolehlah 
sembang lebih. Kanak-kanak umur 10 tahun, dirotan atau ditampar boleh terima lagi,
 ini sampai katok kepala, dibelasah macam penjenayah. Lagi trauma tak mau pergi 
sekolah mana-mana dah," sambungnya lagi.

Menurut Shadam, 3 pelajar tahfiz berkenaan bukan saja-saja keluar dari asrama. 
Mereka bertiga berbuat demikian kerana enggan menjadi budak suruhan mengurut 
guru terbabit selama berjam-jam lamanya.  

"Kalau hari-hari ustaz itu suruh urut dia berjam-jam, boleh tahan ke? Kuli ke? Macam ini cara
 mendidik? Kalau mendidik, cuba bagi orang pukul adik atau anak sendiri. Nanti fahamlah
 perasaan itu macam mana," PIXEL MEDIA

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung