SUNGAI BULOH - Sebuah lori dibakar penduduk yang berang selepas berlaku kemalangan maut di Puncak Alam, di sini, hari ini.
Dalam insiden itu, pembonceng motosikal tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Dr Abdul Aziz Awang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.30 malam.
"Sejurus itu, pegawai penyiasat menuju ke lokasi bersama pasukan forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Shah Alam dan dapati ia berlaku di kawasan tapak pembinaan Puncak Bestari 2.
"Difahamkan, penduduk kampung hadir dan membakar lori berkenaan serta memecahkan cermin lori yang berada kawasan berhampiran," katanya.
Beliau berkata, kes itu masih dalam siasatan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan.