IPOH - Susulan viral video seorang guru dikasari dua anggota polis sehingga patah tangan, seorang anggota terbabit telah ditahan, lapor Sinar Harian.
Artikel Berkaitan: (Video) 'Abang Silap Orang!'
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, anggota terbabit telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi.
"Pemohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu. Siasatan akan dilengkapkan segera dan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut," katanya.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu. Mangsa yang baru saja selesai mengajar kelas tambahan bagi pelajar tahun enam yang bakal menghadapi UPSR.
Dalam jam 7.15 malam, mangsa telah ditahan oleh dua anggota polis berpakaian preman kerana mengesyaki mangsa adalah penagih dadah dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.
Dalam video yang tersebar di media sosial, mangsa cuba memaklumkan bahawa mereka tersilap menahan orang, namun tidak diendahkan. -
No comments:
Post a Comment