Nuffnang

Thursday, September 15, 2016

Perghhh :: Pancutan Air Dalam Feri Sebahagian Dari SOP - Pelabuhan P.Pinang


GEORGE TOWN: Sebilangan pemandu dalam sebuah feri mendapat kejutan di sini awal pagi Rabu bila air tiba-tiba memancut keluar dari geladak utama hingga mencetuskan keadaan kelam kabut.

Punca kejadian tidak diketahui tetapi gambar mengenainya dikongsi di laman Facebook dengan pengguna mempersoalkan insiden yang dianggap luar biasa itu.

Namun, Penang Port Sdn Bhd menyatakan ia menyedari kejadian itu dan menjelaskan ia bukan sesuatu yang luar biasa.

Dalam maklumbalasnya di Facebook, pihak berkuasa pelabuhan itu berkata, bahawa pancutan air itu adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP).

"Kru akan memeriksa paras air (di tangki) bila feri siap berlabuh di terminal dan jika paras air rendah, kru akan menambah bekalan air.

"Mereka membuka lubang yang mengeluarkan bunyi ketika air diisi, dan bila air sampai ke parasnya, air akan terkeluar menerusi lubang itu, menunjukkan tangki sudah penuh.

"Lubang itu akan ditutup," katanya.

Bekalan air itu digunakan untuk bilik enjin, bilik air dan untuk keperluan domestik ketika feri melintasi laut.  - BERNAMA

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung