GOMBAK - "Saya berjalan dengan tawakal agar ALLAH memudahkan segala-galanya". Demikian reaksi
Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor sejurus beliau menamatkan perjalanan sejauh 47.2 kilometer bagi
Walk for World #QuranHour, hari ini.
Menurut aktor popular itu, beliau tidak melakukan sebarang persiapan kerana idea untuk berjalan kaki bagi
mempromosikan program World #QuranHour hanya tercetus minggu lalu.
"Idea ini datang secara spontan ketika saya menghadiri taklimat dengan NGO. Ia kemudiannya disambut baik
oleh Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dan kita terus realisasikan.
"Malah, segala persediaan seperti mendapat bantuan polis pengiring dibuat dalam masa dua hari. Hari ini
(semalam) saya dan rakan-rakan berjalan dengan tawakal, itulah persiapan kami," katanya kepada media
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.
Rosyam berkata, beliau memilih untuk berjalan kaki kerana ia merupakan cara paling mudah dan dalam masa
sama dapat menarik perhatian orang ramai terhadap program World #QuranHour.
"Saya sendiri pun tak pernah buat (jalan kaki) dan ini kali pertama. Ia cabar kewibawaan kami untuk bawa
al-Quran ke sini.
"Namun, bukan jalan kaki yang cuba saya tonjolkan kerana ia satu perkara biasa. Tetapi ia untuk ingatkan
semua orang bahawa 11 September ini akan berlangsung World #QuranHour selama satu jam," katanya.
Beliau turut bersyukur kerana perjalanan kira-kira 10 jam itu dipermudahkan dan tidak menghadapi banyak masalah.
"Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang membantu khususnya PDRM yang mengawal lalu lintas
dan rakan-rakan yang cukup komited. Menariknya, tiada seorang pun yang cedera.
"Alhamdulillah, cuaca juga sangat baik walaupun hujan seketika. Malah, sepanjang perjalanan ramai yang bunyikan
hon dan ambil gambar sebagai tanda sokongan," katanya.
Dalam pada itu, Rosyam sekali lagi menyeru umat Islam beramai-ramai memberi sokongan terhadap program World #QuranHour pada jam 9 pagi, Ahad ini.
"Hidup kita berpandukan al-Quran dan Sunnah. Walaupun sedikit mengingati al-Quran, kita akan dijaga oleh ALLAH.
"Saya nak semua masyarakat mula berjinak-jinak dengan al-Quran. Kalau tak pandai baca al-Quran, kita baca
terjemahan, jika tidak sekali pun kita boleh pegang al-Quran atau berbincang pasal al-Quran," katanya

No comments:
Post a Comment