Nuffnang

Wednesday, November 30, 2016

Dahsyat!!! Lelaki Tertusuk Dua Anak Panah Diselamatkan Doktor




DUA batang anak panah masih tertusuk di dada lelaki berusia 53 tahun ketika dibawa ke                 sebuah hospital di Rusia, baru-baru ini. - Ihsan Mail Online
  
MOSCOW: Sekumpulan pakar bedah di Rusia terpaksa mengalihkan jantung seorang                   lelaki buat sementara selepas pesakit itu cuba membunuh diri dengan melepaskan dua                  anak panah ke dadanya sendiri.
Kumpulan pakar terbabit terpaksa berbuat demikian untuk menjahit semula bahagian               dalaman lelaki itu yang cedera teruk sebelum memasukkan semula jantung.
Dalam kejadian berkenaan, lelaki berusia 53 tahun yang tidak dinamakan itu, dikejarkan                     ke hospital di Saint Petersburg dengan dua anak panah masih tertusuk di dadanya.
Dia masih sedar ketika dibawa ke hospital dan mengaku cuba membunuh diri kerana tidak              mahu lagi meneruskan hidup.
Malah katanya, dia melepaskan anak panah kedua selepas anak panah pertama gagal membunuhnya.
Kedua-dua anak panah itu sangat panjang sehingga memaksa doktor memotong bahagian         hujung panah tersebut untuk proses imbasan x-ray.
Pada awalnya, lelaki itu dibawa ke Hospital GBUZ Elizabethan tetapi kemudiannya                 dipindahkan ke Pusat Kajian Perubatan Federal Almazov North-West ekoran kelengkapan              yang tidak mencukupi.
Doktor menyifatkan keadaan pesakit itu stabil tetapi masih lagi berada dalam keadaan                         serius.Dia dipercayai melakukan cubaan membunuh diri di rumannya di daerah Primorsky.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung