KUALA NERUS - Seorang pemungut sampah maut selepas dirempuh lori sampahnya di Pusat Pelupusan Sampah Kampung Lingai di sini, pagi tadi.    
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi ketika lori itu sedang mengundur dan terlanggar Shafie Abd Rahman, 60, dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu.

Pemandu lori berkenaan dikatakan tidak menyedari mangsa sedang melintas di belakang lori tersebut.     
Mangsa cedera parah pada kepala dan badan. Mangsa juga dikatakan mempunyai masalah pendengaran.    
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan mengesahkan kejadian tersebut. - Bernama