Nuffnang

Saturday, August 12, 2017

Perghhh : Plate no FA12 Cecah RM165,000

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2016/02/16/08/57/plat.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Memiliki plat nombor pendaftaran kenderaan yang signifikan atau mempunyai maksud tertentu seperti nama seseorang atau tarikh istimewa pastinya menjadi idaman ramai.
Itulah yang berlaku pada nombor pendaftaran kenderaan FA12 yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini hingga ia menjadi rebutan ramai kerana membawa maksud sinonim kepada pemilik nama ‘Faiz’.
Menurut JPJ, berdasarkan sistem pengkomputeran MySikap di bawah jabatan itu, sebanyak 20 pemohon berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran berkenaan.
Jabatan itu memberitahu, nombor pendaftaran FA12 dikeluarkan JPJ pada 21 Julai lalu.
"Harga tertinggi bagi bidaan nombor pendaftaran FA12 mencecah RM165,000," kata jabatan itu dalam satu kenyataan kepada mStar Online.
Nombor kenderaan FA12 adalah antara yang didaftarkan pada 8,158 kenderaan menggunakan siri F setakat ini.
Menurut JPJ, sebanyak 1,841 nombor lagi merupakan baki nombor pendaftaran F yang dibayar termasuk tempoh tempahan telah luput.
Dilaporkan, JPJ menerima tempahan sebanyak 11,683 bagi nombor pendaftaran siri F yang dibuka sejak 1 sehingga 14 Jun tahun lalu.
Ia merupakan jumlah kedua tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2012.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan F1 dengan nilai RM836,660.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/08/11/plat-faiz/#kz3mSKWmZ6gFpdCZ.99

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung