Nuffnang

Monday, December 4, 2017

Perghh ,,Kek Kahwin Kawanku Musnah!




Kek Kahwin Kawanku Musnah!



  (Ubah saiz teks

PETALING JAYA: Hari perkahwinan umpama detik bersejarah yang paling dinanti-nantikan setiap pasangan mempelai bagi meraikan detik bahagia setelah sah diijabkabul sebagai suami isteri.
Selain pasangan merpati dua sejoli, kaum keluarga dan kenalan rapat turut teruja untuk memastikan majlis perkahwinan pasangan yang diraikan itu sempurna dan mampu memberikan kenangan terindah seumur hayat.
Namun, lain ceritanya bagi seorang wanita yang berhasrat untuk menaja kek perkahwinan buat sahabat karibnya yang ditempah daripada seorang pembuat kek terkenal apabila ia bertukar menjadi detik memalukan yang tidak mungkin dilupakan.
Kecewa dengan situasi itu, Syahilla Aziz memuat naik posting pada Sabtu malam mendedahkan pengalamannya dilayan acuh tidak acuh oleh pembuat kek tersebut sejurus wanita itu membuat bayaran sebanyak RM520 pada Isnin lalu.


Status yang dimuat naik oleh Syahilla menerusi akaun Facebook miliknya pada Sabtu malam.
Melalui posting tersebut, Syahilla mendakwa dia menempah kek perkahwinan dua tingkat yang dihiasi bunga segar dan bertemakan filem The Great Gatsby berwarna hitam, putih dan emas.
Namun, kek yang diterima pada majlis tersebut sama sekali tidak mengikut tema seperti yang dipinta oleh Syahilla dan didakwa tidak sepadan dengan harga yang dikenakan oleh pembuat kek itu.
Wanita yang berusia 31 itu ketika dihubungi mStar Online berkata, selepas posting tersebut mendapat perhatian netizen di Facebook, pihak pembuat kek terbabit tampil menghubunginya untuk membuat permohonan maaf secara peribadi.
"Rakan kongsi pembuat kek itu memberitahu bahawa dia dimasukkan ke hospital pada pagi Ahad kerana mempunyai masalah kesihatan.
"Saya diberitahu bahawa rakan kongsinya sudah beberapa kali menyuruh dia mengembalikan wang yang telah dibayar dan membatalkan tempahan, namun dia bertegas untuk melakukannya kerana saya bekas pelajar kelas membuat kek yang pernah dianjurkannya," kata  Syahilla.

Seorang netizen berkongsi pengalaman yang dialaminya selepas berurusan dengan pembuat kek tersebut.

4 comments:

shathyez said...

find out here now why not look here pop over to this site Read Full Article Your Domain Name read

thesyt said...

read the full info here u9w91s4x60 replica designer bags replica bags thailand replica bags hermes additional info b7n29u5j44 replica bags turkey 7a replica bags philippines you could look here s5a99b1o80 replica bags in dubai

Anonymous said...

replica bags vuitton hermes replica handbags c3s45r3h62 replica bags thailand replica goyard bags replica gucci bag t2i72c5k87 7a replica bags philippines try this site d7a77m2f61 louis vuitton replica handbags replica bags from china d4l39v9k95

capheshet said...

c3h74u3o18 t3r11p6q26 p5l68y6d84 c9b11b2e44 v3e81e5m70 s4n19f1j13

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung