Nuffnang

Thursday, January 25, 2018

Berita Sedih : Kakitangan AirAsia Meninggal Dunia Dalam Penerbangan


Kakitangan AirAsia Meninggal Dunia Dalam Penerbangan



PETALING JAYA: Seorang kakitangan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad meninggal dunia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia pada Rabu.
AirAsia dalam kenyataan media mengesahkan bahawa penerbangan AK416 dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia itu dialihkan ke di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) kerana kecemasan perubatan.
Menurutnya, kakitangan AirAsia itu mendapat rawatan perubatan segera selepas mendarat, tetapi disahkan meninggal dunia mati oleh doktor di lapangan.
"Keluarga AirAsia sedih dengan kehilangan kakitangan kami ini dan kami mengucapkan takziah buat keluarganya.
"Kami akan memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa ketika tempoh ini," katanya.
Kenyataan AirAsia berkata, pesawat itu kemudian berlepas dari LTAS pada 9 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Indonesia pada 10.11 pagi.
Katanya, keselamatan penumpang adalah keutamaan mereka dan pihaknya sentiasa berusaha untuk memberikan bantuan terbaik apabila berdepan keadaan seumpama ini

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung