Nuffnang

Monday, February 12, 2018

Tedia !! Sepinggan kobis RM23 tak masuk akal: Pengusaha

Sepinggan kobis RM23 tak masuk akal: Pengusaha


Sepinggan kobis RM23 tak masuk akal: Pengusaha
Hamdan menunjukkan senarai harga di premisnya.
(Ubah saiz teks)
BANDARAYA MELAKA - Pengusaha sebuah gerai asam pedas di Bukit Katil di sini, menafikan pihaknya mengenakan caj sehingga RM23 bagi sepinggan sayur kobis seperti mana menjadi tular di media sosial sejak kira-kira empat hari lalu.
Hamdan Abd Hamid, 39, berkata, mungkin berlaku salah faham antara pihaknya dan pelanggan terbabit kerana harga tersebut dianggap sebagai tidak masuk akal bagi sepinggan sayur kobis.
"Mungkin dia salah dengar RM23 itu untuk sayur, tidak logik kalau harga sayur, nasi dan telur masin dikenakan harga begitu, kebiasaannya kami hanya kenakan harga RM2.50, malah nasi hanya dikira RM1 dan kalau separuh cuma 50 sen.
"Bagi asam pedas, untuk bahagian ekor ikan jenahak atau ikan merah, kebiasaan harga antara RM20 hingga RM25, itu memang standard harga kami manakala kepala pula RM45, sekiranya besar RM48, jadi apa yang dibayar adalah munasabah," katanya ketika ditemui, di premisnya di Bukit Katil, di sini hari ini.
Insiden itu menjadi bualan hangat netizen apabila status dan video berdurasi 14 saat yang dimuat naik seorang pengguna Facebook Rabu lalu mendapat pelbagai reaksi, termasuk ada yang mengecam pemilik kedai makan berkenaan.
Individu terbabit meluahkan rasa kesal apabila dia dan rakannya berkunjung ke negeri ini dan singgah makan tengah hari di kedai asam pedas berkenaan lalu dikenakan caj dianggap mahal sehingga RM120 untuk empat orang.
Menurutnya, dia bersama empat rakannya mengambil lauk asam pedas secara berasingan, masing-masing tiga bahagian ekor, kepala ikan yang dibelah dua, sayur kobis serta tiga pinggan nasi dan air.
Menurutnya, apabila dilihat video yang tular, jelas kelihatan bahagian ekor yang diambil adalah saiz besar selain jika dia dan rakan-rakannya ragu dengan harga untuk setiap menu dihidangkan, mereka sepatutnya menyemak senarai harga.

Senarai harga ikan masak asam pedas yang dipaparkan.
"Saya masih ingat, salah seorang daripada mereka ada bertanya semula ketika membuat bayaran dan saya sudah jelaskan itu memang harganya," katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan yang ditemui di premis berkenaan hari ini, Ali Borhan, 70, berkata, sepatutnya perkara itu tidak perlu ditularkan kerana sebagai pengguna, perlu bijak dalam membuat pilihan kerana lauk yang diambil akan mempengaruhi harga.
Katanya, jika betul kedai berkenaan mengenakan harga yang tidak munasabah semestinya dia dan isteri tidak akan datang dari Seremban, Negeri Sembilan ke Melaka semata-mata untuk makan tengah hari di situ.
"Sebenarnya, semua bergantung kepada pelanggan, jika mereka mengambil lauk yang mahal pastinya bayaran dikenakan juga mahal jadi semasa membuat pilihan lauk pastikan ia bersesuaian," katanya

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung