Nuffnang

Friday, April 27, 2018

Dahsyatt !!! Pelajar kolej maut, polis patah kaki dirempuh lori Baca lebih lanjut



IPOH: Sebuah lori melanggar dua kenderaan yang diletakkan di bahu jalan Lebuhraya Utara Selatan dekat Taiping dan menyebabkan seorang pelajar kolej maut serta kaki dua anggota polis patah.
Pelajar bernama Muhammad Hakeem Badrol Hisham, 21, dari Semanggol meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada pukul 8.30 pagi Khamis.
Insiden berlaku di KM223.1 lebuh raya tersebut.
Pemandu kereta polis ronda tersebut yang berusia 29 tahun patah kaki kiri, sementara seorang lagi anggota polis berusia 47 tahun pula patah kaki kanan.
Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, terdapat tiga anggota polis berada dalam kenderaan terbabit.
Mereka melakukan rondaan ketika mengesan kereta Muhammad Hakeem diletakkan di bahu jalan tersebut.
Kata beliau, tayar kereta tersebut pancit dan anggota polis berkenaan cuba membantu, namun sebuah lori tiba-tiba melanggar kedua-dua kenderaan itu.
"Kereta polis yang diparkir di belakang kereta mangsa diseret sejauh 70 meter dan sebuah lagi kereta terbabas ke tengah lebuh raya tersebut.
"Muhammad Hakeem meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah, sementara dua anggota polis dikejarkan ke Hospital Taiping," kata beliau.
Polis ketiga dan pemandu lori berusia 35 tahun dari Kulim, Kedah itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung