Nuffnang

Monday, October 1, 2018

Fuh Dahsyattt !!! Penuntut universiti didakwa tunjuk kemaluan



Mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan di sebuah universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menunjukkan kemaluan terhadap seorang lelaki, Julai lepas.
Muhammad Firdaus Johan, 23, membuat pengakuan  di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.
Dia didakwa telah melakukan satu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang dengan melakukan perbuatan lucah iaitu menunjukkan kemaluan ke atas seorang lelaki berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik sauna, di sebuah kondominum di Jalan Sentul Pasar, di sini pada 9 malam, 21 Julai lepas.
Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin namun  Muhammad Firdaus yang diwakili peguam Norizan Yaacub  memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih belajar dan ibunya pula menghidap penyakit strok, selain hanya bapanya yang bekerja.
Mahkamah  membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Oktober untuk sebutan semula kes. - Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung