Nuffnang

Wednesday, November 14, 2018

SPRM dedah guru minta seks kalau nak dapat gred bagus


Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Terdapat kejadian di mana guru meminta pelajar untuk melakukan hubungan seks sebagai habuan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mendedahkan perkara itu memberi amaran bahawa kes sedemikian berbahaya bagi generasi masa depan di negara ini.
Beliau berkata, terdapat juga contoh di mana pelajar cuba memberi 'suapan' kepada rakan sekolah untuk memenangi undi supaya mereka boleh dipilih sebagai ketua kelas atau pengawas sekolah.
"Sekiranya tindakan rasuah seperti ini telah berlaku di sekolah, akan menjadi lebih buruk apabila pelajar berkenaan meningkat dewasa dan menjadi pemimpin masa depan.
"Sebab itulah kita perlu mendidik anak-anak kita tentang rasuah daripada mereka sekecil yang mungkin," kata Mohd Shukri dalam perbincangan panel yang dianjurkan oleh SPRM dan Kementerian Pendidikan di sini.
Mohd Shukri bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai kes-kes seks bagi mendapatkan keputusan cemerlang, yang dikesan SPRM.
Beliau berkata, rasuah seharusnya dijadikan subjek di sekolah untuk mendidik anak-anak mengenai bahaya rasuah.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, yang menyampaikan ucapan penutup di forum itu, menggalakkan pelajar membuat laporan polis sekiranya guru-guru mereka meminta hubungan seks sebagai balasan untuk mendapatkan gred yang baik.
"Jangan sembunyikannya. Kita tidak boleh mengambil tindakan jika kita tidak tahu.
"Kita mahu memastikan sekolah adalah tempat yang selamat dan selesa untuk semua kanak-kanak dan guru," kata Dr Maszlee.
"Biarkan anak-anak muda didedahkan untuk tidak menyukai rasuah pada awal usia mereka kerana tahap korupsi di negara ini pada masa ini terlalu membimbangkan," kata Mohd Shukri

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung