Nuffnang

Thursday, January 31, 2019

Pegrghhh !!! Kampung 'Stan, bukan setan'

'Stan, bukan setan'

Pintu gerbang Kampung Parit Stan, Benut.

PONTIAN - Nama Kampung Parit Stan mungkin kedengaran agak pelik, tambahan pula ejaan asal nama kampung terletak di Benut menggunakan huruf ‘E’.
Mantan Ketua Kampung, Hassan Malilu, 76, berkata, tanda huruf ‘E’ merupakan cara penulisan Bahasa Melayu awal sekitar 70-an bagi melambangkan tulisan berkenaan berbunyi ‘se’.
Namun, lama kelamaan ejaan ‘E’ tidak lagi digunakan menyebabkan nama kampung disebut dengan pelbagai cara sehingga kedengaran agak pelik.
“Kampung Parit Stan telah dibuka oleh peneroka dari Riau, Indonesia. Mereka juga telah membuka Kampung Parit Kerimon dan Kampung Parit Hasan.
“Ramai yang keliru dengan ejaan Kampung Parit Stan, bila ejaaan ‘E’ tidak digunakan, mulalah jadi lain bunyinya,” katanya.

Hasaan menunjukkan papan tanda yang masih menggunakan nama Parit Setan.

Tragedi amukan Jaafar Petola

Kampung Parit Stan turut dikenali sebagai Kampung Rahmat selepas tragedi amukan oleh seorang penduduk bernama Jaafar Patola pada 1981.
Namun nama Kampung Rahmat jarang digunakan berbanding Kampung Parit Stan.
Menyelami kisah tragedi amukan pernah berlaku di Kampung Stan, penduduk Mohd Noor Daeng Mapunah, 70, yang juga saksi menceritakan detik anaknya Nor Hayati, 4, menjadi salah seorang mangsa amukan ketika itu.
Menurut Mohd Noor, tragedi malang itu berlaku pada hari ketiga Aidiladha.
Katanya, dia dikejutkan dengan teriakan “Jaafar mengamuk” ketika berada di kebun kelapa sawit.
“Selepas keluar dari kebun, saya nampak sebuah kereta membawa seorang lelaki cedera di bahagian mulut.
“Saya terus berlari ke sekolah berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Semangat. Sampai sahaja yang nampak seorang ibu menggendong anaknya yang penuh berdarah,” katanya.
Katanya, dia sempat menghulurkan bantuan kepada seorang penduduk bernama Zainab yang luka ditemui di belakang rumah.
“Kemudian saya pergi ke jambatan. Saya nampak Jaafar menghayun parang. Saya terus ke sekolah sebab fikir keselamatan budak-budak ketika itu.
“Mujur Jaafar tidak ke sekolah dan menyorok di tempat lain. Saya segera ke hospital untuk menyelamatkan nyawa anak saya yang cedera selepas ditetak di bahagian tengkok,” katanya.
Jelasnya, walaupun tragedi itu satu detik hitam yang tidak dapat dilupakan, namun tidak ramai generasi muda yang mengetahuinya.
Mohd Noor menunjukkan ejaan nama Kampung Parit Stan yang sering kali disalah anggap.

Sultan cemar duli ziarah

Namun, kejadian itu melakar sejarah kampung apabila Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail ketika itu mencemar duli datang ke Kampung Parit Stan.
“Sultan Iskandar mencadangkan agar nama kampung diubah, supaya mudah mendapat rahmat. Tetapi bila ditulis dalam berita di akhbar dikatakan nama kampung ditukar kepada Kampung Rahmat,” katanya.
Tragedi amukan itu menyaksikan enam orang penduduk meninggal dunia dan Jaafar Petola mati di tempat kejadian.
Kampung Parit Stan kini memiliki kemudahan surau, balai raya, sekolah agama dan sekolah kebangsaan yang dikenali dengan nama Sri Semangat.
Terdapat sekurang-kurangnya 81 buah rumah penduduk di situ dan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai pekebun.

1 comment:

lovemachoco said...

permisi min numpang share ya :)
bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung