Nuffnang

Friday, May 3, 2019

Viral!!! penumbuk? Isteri kongsi versi penuh kisah suami tumbuk pemandu tak bagi 'signal'


"KAULAH bodoh, kaulah gila" dikatakan menjadi punca seorang pemandu wanita 'makan' penampar dan penumbuk seorang lelaki.
Kisah ini kecoh di media sosial sejak Khamis apabila sebuah rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki bertindak menampar dan menumbuk muka seorang pemandu wanita di Jalan Dato Keramat, Kuala Lumpur.
Isteri lelaki tersebut, Faridah Mohd Yatim, 38, tampil memberi penjelasan berkaitan insiden itu yang berlaku pada petang Rabu.
Faridah ketika dihubungi mStar berkatadia tidak bermaksud untuk menyokong tindakan ganas suaminya yang bekerja sebagai chef  itu kerana baginya 'salah tetap salah'.
Bagaimanapun, dia berasa terpanggil untuk menceritakan versi penuh kejadian tersebut supaya orang ramai yang tidak tahu kisah sebenar dapat membuat penilaian sendiri berbanding terus mengecam suaminya dan keluarga.
"Sebenarnya video yang tular itu hanya separuh sahaja. Suami saya dan rakan-rakannya kata mereka sudah mengejar wanita itu dari satu selekoh sebelum dia berhenti.
"Wanita itu dikatakan telah menukar lorong tanpa beri isyarat, menyebabkan suami hampir terbabas," katanya.
Faridah bersama suami dan anaknya.
Menurut Faridah, suaminya juga mengaku telah menghentak topi keretanya di atas kereta wanita itu kerana terlalu marah.
"Wanita itu tak berhenti atau cuba meminta maaf. Apabila suami saya kejar dan dapat dia dihentikan dia menjawab dengan biadab.
"Suami saya memang panggil wanita itu bodoh kerana memandu secara berbahaya dan boleh membahayakan nyawanya dan wanita itu membalas 'kaulah bodoh, kaulah gila', mungkin itu sebabnya suami saya 'naik angin'," katanya.
Tambah Faridah, suaminya berkata, kejadian membelok tanpa memberi 'signal' itu berlaku kerana wanita itu memandu sambil bercakap telefon.
"Malah wanita itu sendiri cakap 'aku angkat la telefon sebab ada orang call' selepas suami saya marah dia guna telefon," jelasnya.
Menurut Faridah, dia mengaku suaminya seorang yang panas baran, tetapi sepanjang 15 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak, dia tidak pernah 'naik tangan'.
"Ya saya akui dia memang baran. Tetapi dia seorang suami dan bapa yang penyayang. Saya memang ada beritahu dia, apa yang dia buat tu salah (pukul wanita) dan dia sendiri mengaku salah," katanya.
Saya sedar pun suami saya mengamuk kerana sudah hilang sabar dengan kerenah pemandu yang suka main telefon. Dia sudah beberapa kali terjatuh kerana sikap pemandu seperti itu.

FARIDAH MOHD YATIM

Mengenai laporan yang menyatakan suaminya mempunyai rekod lima jenayah lampau, Faridah menafikannya.
"Saya jelaskan di sini bahawa polis sendiri sudah mengesahkan ia adalah rekod pemilik lama motosikal suami. Suami saya tidak ada sebarang rekod jenayah.
"Saya sedar pun suami saya mengamuk kerana sudah hilang sabar dengan kerenah pemandu yang suka main telefon. Dia sudah beberapa kali terjatuh kerana sikap pemandu seperti itu," dakwanya.
Selepas apa yang berlaku Faridah hanya berharap suaminya dapat menjadikannya sebagai pengajaran sambil memberitahu dia menyerahkan urusan seterusnya kepada pihak berkuasa.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek didapati menumbuk kepala dan menampar muka wanita terbabit.

Katanya, wanita itu kemudian tampil membuat laporan polis.

"Kejadian berlaku ketika pengadu yang memandu kereta jenis Honda Civic di laluan kiri Jalan Dato Keramat didatangi seorang lelaki dari arah belakang yang memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menuduh pengadu masuk simpang tanpa memberikan isyarat lampu.

"Suspek kemudian membuka topi keledarnya dan menghentak bumbung kereta pengadu, semasa mangsa keluar kereta untuk melihat kerosakan yang dialaminya, suspek menumbuk kepala dan menampar muka pengadu.

"Pengadu kemudian dibantu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum tampil membuat laporan polis, pengadu juga sudah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

5 comments:

nurin jazlina said...

Aku sendiripun rasa marah bila babi2 bawa kenderaan atas jalanraya tak ikut peraturan. membelok ke kiri & ke kanan ikut suka hati...sorg kawan aku dah meninggal dunia pasal kes babi2 bodoh kat atas jln ni. Babi2 ni x kira jantan ke betina ke patut mampos cepat2 je...kecik2 x mampos, bila besar menyusahkan org je kerjanya.

Anonymous said...

mmg ptut kne pnampar. jadi pngajaran. jgn nk. mmandu kereta blagak mcm bapak ko punye jln. kecian abg2 motor

Acik said...

Br ada akai... dah biasa buat ni.. drive kiri kanan tukar lorong x bg signal yg cukup mcm habah dia punya jalan.. bagus juga viral. Biar driver2 musibat yg biasa drive begini tau yg ada yg x gembira mrk drive mcm tu. harap perakam vedio juga buat report.. harap keadilan ditegakkan. Gua sokong lu brader

Anonymous said...

Tak banyak tu bang. Denda RM2000, penjara 2 bln je kot. Ok ler tu, dpt rasa puasa kat dlm bang....

Anonymous said...

Panas baran konon. Sebab dia pompuan lu berani la. Cuba kalau lelaki ke yang badan sado panggil “ko la bodo”, ada berani ko tampar mamat tu? Panas la baran camana pun, ada berani? Piirah mat rempit. Panas baran konon.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung