Nuffnang

Saturday, June 22, 2019

Borak dan 'rembat'! 'Makcik Myvi merah' berani curi 3 beg pelajar dalam masjid "Esok exam, nota sekali kena curi”



Paparan skrin rakaman CCTV sewaktu kejadian berkenaan.
DALAM kesibukan menghadapi peperiksaan akhir, tiga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor diuji dengan kehilangan barang peribadi. Mstar
Lebih mengejutkan, beg milik mangsa yang berisi wang, laptop, telefon bimbit dan nota dicuri dalam sebuah masjid di kampus berkenaan sewaktu mereka sedang mengerjakan solat Asar secara berjemaah pada Isnin minggu lepas.
Salah seorang mangsa, Amelia Natasha Zainudin, 20, berkata, dia sama sekali tidak menyangka kejadian itu akan menimpa dirinya dan rakan-rakan.

"Kami sebenarnya tengah study, selepas itu kami solat Asar sama-sama kat masjid. Ingatkan member simpan beg atau ada yang prank.
"Bila cari-cari tak jumpa, kami ke bahagian Pusat Islam dan minta untuk tengok rakaman CCTV.


Rakan kepada tiga mangsa berkenaan turut memuat naik maklumat kejadian sebagai peringatan bersama di Twitter.
"Memang terkejut, rupa-rupanya mak cik tu yang mencuri beg kami tu dah bersembang dengan kawan saya kat tempat ambil wuduk," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Selain sedih dan geram, Amelia Natasha mengakui peristiwa itu sedikit sebanyak mengganggu fokusnya untuk menghadapi peperiksaan.
Malah, dia juga terpaksa mengorbankan malam sebelum peperiksaan yang sepatutnya dimanfaatkan dengan ulang kaji untuk pergi ke Balai Polis Bangi.
"Sangat mengganggu. Sepatutnya malam tu study, tapi kena pergi buat laporan polis.
"Dah la esoknya exam. Dengan nota sekali kena curi," jelasnya lagi.


Suspek kes berkenaan yang berjaya dirakam CCTV.
Selain Amelia Natasha, dua lagi mangsa iaitu Nur Adila Mohd Zaini dan Natasha Natashazlin Mohd Shafie turut terkesan dengan kejadian itu.
Mereka bagaimanapun mengakui reda dengan apa yang berlaku dan ada menitipkan pesanan buat pencuri berkenaan.
"Saya tak marah, benda dah berlaku. Harap dia guna duit tu ke arah yang sepatutnya.
"Saya rasa dia nak guna untuk keperluan, dia terdesak. Moga dia diberi hidayah. Janganlah ambil tapi carilah jalan lain untuk dapatkan duit," kata Nur Adila.
Dalam pada itu, rakaman berkenaan turut dimuat naik ke Twitter oleh Saffa Mohhidin yang juga rakan kepada tiga pelajar itu.
Video berkenaan sehingga kini menerima hampir 16,000 ulang kicau (Retweet).
Menerusi thread berkenaan, indvidu tersebut turut menjelaskan bahawa pencuri berkenaan merupakan wanita berusia lingkungan 40-an yang menaiki Myvi berwarna merah.

4 comments:

Anonymous said...

mcm mn nk tgkp suspek kalau gambar dia blur?

I said...

Tak payah nk susah2 tangkap. Mangsa dah redha.... tapi rasanya ini bukan mangsa pertama... dah biasa dan terbiasa. Bukan orang miskin...

Anonymous said...

Yang redha cuma satu dari tiga orang. Mereka ke balai malam tu.

Yang dia redha ia lah atas ketentuan yang telah di tentu kan ke atas dia. Nasib . Takdir.


Dah tahu pun mungkin bukan mangsa pertama... tak payah tangkap?

Anonymous said...

Dia redha bukan kpd pencuri tp atas apa berlaku pdnya. Pesalah wajib dihukum.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung