Nuffnang
Wednesday, October 16, 2019
TUdia !!! Lama menipu teman wanita, lelaki ini akhirnya kantoi curang melalui khidmat penghantar makanan
Lama menipu teman wanita, lelaki ini akhirnya kantoi curang melalui khidmat penghantar makanan
Pada zaman sekarang kecurangan boleh terbongkar dalam pelbagai cara termasuklah melalui khidmat penghantaran makanan. -Gambar hiasan (foto Nikkei Asian Review)
HUBUNGAN jarak jauh memerlukan pengorbanan, kejujuran dan kesetiaan. Jika tidak, anda mungkin menerima nasib yang sama dengan gadis ini.
Gadis di Taiwan ini mahu menjadi seorang kekasih yang prihatin apabila dia membuat kejutan memesan makanan untuk teman lelakinya yang sakit.
Malangnya, teman lelakinya itu kantoi!
Menurut laporan NowNews, gadis itu telah bercinta dengan lelaki berkenaan selama dua tahun dan mereka berada dalam hubungan jarak jauh.
Menurutnya, mereka biasanya akan berbual sebelum tidur tetapi sebelum mereka putus hubungan, dia sedar teman lelakinya banyak berubah, sudah tidak 'sweet' seperti dulu.
Dia sering memberikan banyak alasan untuk tidak menjawab panggilannya atau membalas mesej dengan menyatakan dia sangat letih dan tertidur.
"Saya pilih untuk percayakan dia dan tak mahu mengganggunya bila dia beritahu sedang berehat.
"Suatu hari, dia beritahu saya bahawa dia tak sihat dan mahu tidur lebih awal. Ini bermakna dia tidak dapat berbual di telefon dengan saya malam itu.
"Saya bimbangkan dia, entah ada makanan atau tidak di rumahnya, jadi saya memesan makanan untuknya," tulisnya.
Apabila budak penghantar tiba di rumah teman lelakinya, dia menghubungi gadis itu kerana tiada siapa membuka pintu.
Jadi, gadis itu menghubungi teman lelakinya yang kononnya sedang sakit, dengan berfikir dia tak mendengar bunyi loceng.
Perkhidmatan penghantaran makanan membantu memudahkan kehidupan manusia. -Gambar hiasan
Berikut perbualan mereka:
Teman lelaki: Hello (Latar belakang sangat tenang, seperti berada di rumah)
Gadis: Maaf, saya tahu awak tak sihat tapi saya tak bermaksud nak ganggu awak. Saya ada pesan makanan untuk awak, buka pintu untuk ambil makanan, kemudian rehatlah secukupnya selepas makan.
Teman lelaki: (Senyap) Saya tak ada di rumah. Maaf, saya tak bermaksud nak tipu, tapi saya di luar sekarang dengan kawan-kawan saya.
Gadis: Jika awak keluar dengan kawan-kawan, kenapa tak beritahu saya? Bukannya saya tak benarkan awak keluar dengan kawan.
Selepas lama bertengkar, lelaki itu akhirnya mengaku menipu dan dia pergi ke rumah kawan perempuan sekelasnya.
"Saya hanya ingin mengingatkan anda semua jika menjalinkan hubungan jarak jauh dan anda tiba-tiba buat kejutan menghantar makanan untuk orang tersayang, hati-hati kerana hubungan anda mungkin akan terputus."
Netizen tidak sangka hanya melalui khidmat pesanan makanan, hubungan cinta dapat berakhir sekelip mata dengan penuh dramatik.
Ramai juga memuji gadis itu sebagai teman wanita yang baik dan prihatin serta mengecam lelaki itu kerana menipu. -WOB Mstar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
Tangkap layar menunjukkan mangsa sedang karaoke bersama keluarganya sebelum ditikam berkali-kali. - TikTok JAKARTA – Seorang lelaki di Ind...
-
Pempengaruh Hanis Zalikha mendedahkan empat bekas pekerjanya yang didakwa terbabit dalam kes pecah amanah sudah tiada kaitan dengan diriny...
-
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi hasil lumayan yang diperolehnya dengan hanya menjual minyak masak terpakai telah mencuri perhatian...
-
Peti sejuk beku yang dirampas oleh polis dalam kejadian kes anak bunuh ibu di Taman OUG, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad KUALA L...
-
Tangkap layar video rakyat Malaysia beratur panjang untuk masuk ke Thailand untuk bercuti sempena cuti sambutan Deepavali. BUKIT KAYU HITA...
No comments:
Post a Comment