Nuffnang

Monday, October 28, 2019

Wow !!!! Ambil masa 15 jam, Alif Satar berjaya tamatkan cabaran Ironman - “Perkara gila yang saya pernah lakukan”


Ambil masa 15 jam, Alif Satar berjaya tamatkan cabaran Ironman - “Perkara gila yang saya pernah lakukan”

Alif Satar berjaya menamatkan kesemua cabaran dalam masa 15 jam.
SELEBRITI terkenal Alif Satar meluahkan rasa bersyukur dan teruja apabila berjaya menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 yang diadakan di Pantai Cenang, Langkawi, pada pagi, Ahad.
Pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, 29, ini menganggap cabaran yang melibatkan aktiviti berenang, berbasikal dan berlari merupakan sesuatu perkara yang tidak masuk akal pernah dilakukannya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Artis perlu jadi contoh yang baik, bukan ingin popular semata-mata” - Alif Satar
Penyanyi lagu Sungguhnya Aku itu berjaya melakukan cabaran 3.8 kilometer berenang, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari dalam masa 15 jam.
lif kongsi kegembiraan dia berjaya tamatkan cabaran di IG.
"Perasaan yang menakjubkan. Tak sabar nak kongsi cerita saya kepada anda semua. Terima kasih semua yang datang sokong dan bagi semangat sepanjang Pantai Cenang.
"Saya minta maaf kalau sorakan tak terbalas. Keadaan mental saya tidak baik ketika itu. Alhamdulillah berjaya laluinya. Kemungkinan perkara gila yang saya pernah lakukan.
"3.8 kilometer berenang, 180 kilometer berbasikal dan 42 kilometer berlari. Semuanya dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat. P/S Tony Stark bukan Ironman... saya," katanya.
Saya minta maaf kalau sorakan tak terbalas. Keadaan mental saya tidak baik ketika itu.
ALIF SATAR
Pengacara, penyanyi dan pelakon
Alif berkongsi kegembiraan dan keterujaan selesai menamatkan cabaran tersebut menerusi laman Instagramnya dan rata-rata pengikut mengucapkan tahniah.
Malah, nama Alif Satar turut menjadi trending di laman Twitter dengan ucapan tahniah daripada netizen yang berbangga dengan pencapaiannya itu.
"Gila la Alif Satar ini. Double triple full package,"
"Alhamdulillah, anda adalah Ironman kami! Good Job dan anda berjaya!"
Netizen jadikan Alif Satar sebagai inspirasi buat mereka.
"Setiap kali saya baca atau lihat semua cerita mengenai dia, saya rasa teruja. Sangat memberi inspirasi, tahniah. Kudos to you Alif Satar," ujar netizen.
Bagi acara tersebut pada tahun ini, seramai 2,500 atlet dari 70 negara telah menghantar penyertaan.
Sementara itu, tahun ini juga merupakan kali kedua pelakon drama popular Red Velvet itu menyertai kejohanan tersebut.
Sebelum ini, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang melibatkan berenang sejauh 1.6 kilometer, berbasikal 90 kilometer dan berlari sejauh 21.1 kilometer.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung