Nuffnang
Friday, January 24, 2020
Perghh!!! Belum meninggal dunia, lelaki terkejut jumpa kubur sendiri... dakwa bekas isteri punya angkara
Belum meninggal dunia, lelaki terkejut jumpa kubur sendiri... dakwa bekas isteri punya angkara
Alan terkejut menjumpai batu nisan yang tertera namanya. Foto Paul Reid
SEORANG lelaki terkejut apabila menjumpai kubur sendiri walaupun dia masih hidup.
Alan Hattel berkata, dia tertanya-tanya apabila tiada seorang pun menghubunginya selama tiga atau empat bulan.
Dia bagaimanapun tidak mengetahui punca ia berlaku.
Namun kini, Alan percaya ramai yang fikir dia sudah meninggal dunia dan tiba masanya mereka perlu mengetahui kebenarannya.
Walaupun tidak pasti, dia mendakwa bekas isteri merupakan dalang yang membuat batu nisan di kubur berkenaan.
Alan, 75, yang merupakan pesara dari Forfar, Tayside di Scotland berkata: "Telefon saya tidak berdering selama tiga atau empat bulan.
"Dulu saya keliru tetapi sekarang saya tahu kenapa tiada seorang pun yang menghubungi saya.
"Saya tidak mahu dikebumikan, saya merancang untuk ia dibakar.
"Saya masih hidup," katanya sambil berdiri di sebelah batu nisan yang tertulis namanya.
Tambahnya, laporan mengenai kematiannya telah diperbesar-besarkan. - Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Salam . Pada 28 November 2009 yang lalu , Mas Aji dan Jawatankuasa persatuan penduduk telah mengadakan majlis Qurban bagi penduduk di sini. ...
-
Salam buat semua..nampak macam sedap je..memang sedap..sebab dah makan..ini yang ori punya dari arab ...chef dia yang masak...umph...kalau n...
-
Galeri Hutan Paya Bakau Di Atas Jeti Semeling Berlatar belakang Paya Bakau Bersama Keluarga Salam buat semua, Semalam Mas Aji dan keluarga ...
-
Salam buat semua, buat masa ini Abu Loqman sebuk sikit .. n3 pun tak berapa kemaih.. sebab sebuk buat dengan perkara yang lain... hari ini n...

No comments:
Post a Comment