Nuffnang
Thursday, March 26, 2020
Subhanallah !!! Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh
Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh, tersentak dengar soalan mereka - “Tahu tak dalam tu semua ilmu agama tinggi”
Sekumpulan pesakit Covid-19 solat berjemaah dalam tempoh menjalani rawatan. Gambar sekadar hiasan/Foto Twitter
ANGKA mereka yang positif Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 1,796 kes setakat Rabu, dan daripada jumlah itu, sebahagian besar merupakan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Dilaporkan, seramai 16,000 peserta program itu terdiri daripada 14,500 warga Malaysia, manakala 1,500 peserta warga asing dari 25 negara.
Saban hari, pihak kerajaan merayu agar jemaah tabligh membuat saringan kesihatan, sehingga menyebabkan golongan ini dikecam ramai.
Namun di sebalik pelbagai pandangan dan kata-kata kurang enak dilemparkan terhadap ahli tabligh, seorang jururawat sebak berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit tabligh yang positif Covid-19.
Kebanyakan jemaah tabligh membawa imej berkopiah. Gambar sekadar hiasan/Foto Bernama
Menerusi aplikasi 'story' yang dikongsikannya menerusi WhatsApp sehingga menjadi tular, jururawat itu menggambarkan suasana wad yang dipenuhi pesakit jemaah tabligh.
“Bila masuk dalam wad tu, macam masuk dalam masjid. Kebanyakan semua berjubah, ada yang berkopiah dan berserban... semua tersenyum je.
“Ada yang bertongkat seperti tok guru (Allahyarham Datuk Seri) Nik Aziz, ada yang sebaya dengan ayah kita, datuk kita.
“Sedih, sayu sampai menitik air mata. Tahu tak dalam wad Covid-19 tu semuanya orang yang ilmu agamanya tinggi,” katanya.
Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini.
JURURAWAT
Malah, jururawat itu menyifatkan pesakit positif Covid-19 yang terlantar di wad cukup menyenangkan mereka sebagai petugas barisan hadapan (frontliner).
“Tak ada muka yang berkerut, tak ada marah-marah. Semua bercakap lembut.
“Tangan masing-masing ada tasbih, solat berjemaah, solat sunat, berzikir, mengaji al-Quran. Azan merdunya suara, lunaknya sampai tersentuh hati ini,” katanya meluahkan perasaan.
Luahan seorang jururawat yang mengendalikan pesakit Covid-19 dalam kalangan jemaah tabligh.
Menurut jururawat berkenaan, dia turut tersentuh apabila segelintir mereka sedia menghulurkan bantuan dalam keadaan yang genting itu.
“Mereka siap tanya lagi ‘ada apa lagi nurse yang kami boleh tolong’. Kadang-kadang terfikir kenapa Tuhan tak gantikan dengan manusia-manusia yang jahat kat muka bumi ni dengan mereka.
“Tapi nak buat macam mana, Allah lebih mengetahui orang-orang beragama yang beriman selalu diuji,” tambahnya.
Jururawat mempunyai persepsi yang berbeza mengenai jemaah tabligh yang dikritik banyak pihak.
Walaupun kepenatan menjaga 30 pesakit, tetapi jururawat tersebut lebih berasa simpati terhadap kumpulan pesakit jemaah tabligh.
“Ye letih memang letih, tapi rasa simpati dan kasihan tu lebih tinggi. Mereka langsung tak menyusahkan, semuanya sangat-sangat baik. Sudah-sudahlah kecam golongan tabligh,” katanya.
Pada masa sama, jururawat itu turut mendoakan agar kesemua pesakit positif Covid-19 segera sembuh dan segala urusan untuk merawat mereka berjalan lancar.
“Janganlah diambil nyawa mereka semua sebab mereka sangat baik. Doakan semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan,” ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Perancang perkahwinan mati selepas 12 jam makan kek ikan Darren meninggal dunia selepas 12 jam mencuba kek ikan (gambar hiasan). SEORANG...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Ceramah Saifuddin Nasution Di Johor. Jom Klik Fan PAGE ORANG KAMPUNG Jom Exploe untuk berita menarik
-
dahsyat kali ini..orang ramai..yang menghadirinya
-
salam buat semua... Semalam saya ada buat lawatan ke beberapa blog yang telah berjaya mengesan aktiviti tidak sihat, dalam menaikkan traffic...
3 comments:
Adakah kita fikirkan kesan2 drp perhimpunan ijtimak sri petaling? Macam2 masalah dan kesulitan timbul akibat PKP. Diantaranya pekerja malaysia di singapura tak dpt berulang alik lagi. Tidur mcm gelandangan di s'pura krn tak mau hilang pekerjaan. Yg hilang pekerjaan pula siapa nak sara?Pekerja2 perubatan terpaksa bekerja tanpa henti nak kendalikan beribu kes yg terhasil drp tindakan tak bertanggungjawab pihak tabligh. Dan pelbagai kesulitan lagi..... Ada kita dengar ketua2 jamaah tabligh minta maaf secara terbuka kpd rakyat Malaysia?
Semoga wabak ini dapat berakhir!
Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.
Post a Comment