Nuffnang

Sunday, April 19, 2020

Tediaa !!! PKP: Undang-undang terpakai kepada semua, jangan fikir ‘anda istimewa’, kata Tun M


PKP: Undang-undang terpakai kepada semua, jangan fikir ‘anda istimewa’, kata Tun M

Tun Dr Mahathir mengulas tindakan beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Foto: The Star
"JANGAN fikir anda istimewa daripada yang lain," demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas tindakan beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mantan Perdana Menteri itu ketika bercakap menerusi mesej video di kediamannya di Seri Kembangan berkata, individu yang berkenaan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada laporan, kita serah pada polis...” - Ismail Sabri komen insiden beberapa VIP ingkar PKP, hadir kenduri di maahad tahfiz

"Nampaknya sebilangan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan dianggap 'lebih istimewa' daripada orang lain ketika melanggar PKP.

"Pemerintah harus memberikan contoh yang baik. Mereka harus mengikuti peraturan yang mereka buat sendiri, tetapi sepertinya mereka menganggap mereka 'lebih istimewa'.

"Di Malaysia, kita mengikuti peraturan undang-undang. Undang-undang tidak membeza-bezakan. Peraturan yang dibuat (untuk PKP) berdasarkan undang-undang dan mesti terpakai kepada semua orang," kata Dr Mahathir.

Terdahulu, Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar PKP termasuk orang kenamaan.

Sejak Jumaat, tular beberapa keping gambar di media sosial memaparkan Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Seri Dr Noor Azmi dan exco negeri Perak, Razman Zakaria, yang dilihat menikmati makanan bersama kira-kira 30 yang lain, termasuk pelajar, di sebuah tahfiz di Lenggong, Perak.

Foto yang dimuat naik di Facebook Noor Azmi, kemudian dipadamkan setelah ramai yang mempersoalkan tindakannya melanggar PKP.

Sebelum itu tular gambar Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Rahman Mohamad, yang sedang menikmati makan tengah hari bersama sekumpulan ahli Umno ketika PKP. - THE STAR

1 comment:

Anonymous said...

Atok, tolonglah. Kenyataan anda macam omputih kata : pot calling the kettle black

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung