Nuffnang

Monday, May 18, 2020

Lelaki diserang harimau bintang, berjaya diselamatkan oleh anjing jalanan


Lelaki diserang harimau bintang, berjaya diselamatkan oleh anjing jalanan

Rakaman CCTV kejadian itu yang kini tular.

RAKAMAN ngeri memaparkan seorang lelaki diserang harimau bintang di sebuah jalan di Hyderabad, India ternyata mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman CCTV yang tersebar itu, haiwan pemangsa berkenaan dilihat mengejar lelaki tersebut di tengah jalan.

Menurut laporan, kejadian berlaku pada Khamis dan lelaki tersebut bekerja sebagai pembersih lori.

Video berkenaan turut ditularkan menerusi laman Twitter.

Kelihatan harimau itu berhenti menyerang lelaki berkenaan apabila ia dikelilingi beberapa anjing jalanan.

Dalam pada itu, segelintir orang ramai kelihatan tidak menghiraukan risiko.

Mereka sebaliknya berhenti di tepi jalan dan cuba merakam haiwan ganas itu. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung