Nuffnang
Sunday, May 3, 2020
Tedia..!!! Hilang punca pendapatan akibat Covid-19, ibu pura-pura masak batu hingga anak tertidur tunggu makanan
Hilang punca pendapatan akibat Covid-19, ibu pura-pura masak batu hingga anak tertidur tunggu makanan
Sejak kisah mereka sekeluarga tular, Peninah menerima bantuan daripada pelbagai pihak di sekitar Kenya.
SEORANG ibu lapan anak terpaksa berpura-pura memasak batu untuk anak-anaknya dengan harapan mereka tertidur sementara menunggu makanan disiapkan.
Peninah Bahati Kitsao mengambil upah mencuci pakaian tetapi hilang punca pendapatan selepas Kenya menguatkuasakan perintah berkurung akibat penularan Covid-19.
Menurut Peninah, beberapa bulan lalu mereka sekeluarga yang tinggal di rumah dua bilik di Mombas tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Anak-anaknya sering tertidur ketika dia berpura-pura memasak makan malam untuk mereka tanpa menyedari apa yang berlaku.
Bercakap kepada NTV Kenya, Peninah berkata:”Mereka mula memberitahu saya bahawa mereka sudah tahu saya berbohong, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai apa-apa.”
Seorang jiran Peninah, Prisca Momanyi bersimpati dengan nasib menimpa keluarga itu lalu memberitahu media tempatan dan membuka bank akaun untuknya.
Sejak itu, Peninah yang tidak tahu menulis dan membaca menerima bantuan daripada pelbagai pihak di sekitar Kenya.
“Saya tidak percaya orang Kenya begitu prihatin selepas saya menerima banyak panggilan daripada mereka yang mahu membantu, ” katanya. - Metro.co.uk
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Tags/Kata Kunci:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
PARLIMEN BN PR LAIN-LAIN 133 89 0 222 seats total, 112 to win, 148 for two-thirds DEWAN UNDANGAN NEGERI BN PR LAIN-LAIN J...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu...
-
Salam buat semua.. Hari ini...aku cuma menceritakan bahawa monorail....dari Mekah Ke arafah sudah siap dan telah di gunakan..perjalanan dari...
-
Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k sebulan. Balik kampung bercakap mega...

No comments:
Post a Comment