Nuffnang

Saturday, November 21, 2020

Kasih seorang bapa... nota tulisan tangan, isyarat doa dan solat memori terakhir sebelum lalui ‘tidur’ yang panjang – “Abah ucapkan sayang

 

(kiri) Allahyarham Ahmad meninggal dunia akibat Covid-19, Rabu lalu. (kanan) Salah satu nota terakhir arwah. foto ihsan Syafiqa Humairak Ahmad

LULUH hati seorang anak yang sama sekali tidak menyangka menerima pesanan terakhir sebelum bapa kesayangan dijemput Ilahi akibat dijangkiti Covid-19.

"Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua," tulis Ahmad Mohamad Tayib, 58, menerusi dua helai kertas sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak, pada Rabu lalu.

Nota terakhir itu menjadi tular selepas dikongsikan oleh anaknya, Syafiqa Humairak di halaman Facebook.


Bercakap kepada mStar, Syafiqa berkata, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19, pada 12 November lalu.

Bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, kesihatan bapanya merosot dan dikomakan di unit rawatan rapi (ICU) pada Isnin lalu.

"Kami sekeluarga buat video call dengan abah sebelum abah 'ditidurkan'. Masa tu abah tak boleh bercakap sebab dipasang dengan alat bantuan pernafasan.

"Apa yang abah buat adalah menulis nota dan menunjukkan apa yang abah tulis kepada kami menerusi video call. Abah angkat tangan bagi isyarat minta kami berdoa dan bersolat... sebelum abah 'ditidurkan'," katanya kepada mStar.



Nota kedua daripada arwah bapa Syafiqa.

Berkongsi detik itu, Syafiqa yang berasal dari Ipoh berkata, mereka sekeluarga begitu sedih namun terpaksa menyembunyikan perasaan itu daripada bapanya menerusi panggilan video.

"Sedih, sebab kami tahu kebarangkalian untuk abah kembali sedar adalah tipis. Tapi kami tetap tidak berputus asa, berdoa dan solat hajat untuk abah.

"Masa video call tu, selain abah, kami semua seorang demi seorang minta maaf kat abah. Syukur kami semua disatukan meskipun masing-masing dari lokasi yang berbeza," ujar anak sulung daripada empat beradik itu.



Luahan Syafiqa di laman sosial menyentuh perasaan.

Walaupun berhajat untuk menyimpan nota terakhir itu, Syafiqa berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan berbuat demikian kerana kertas itu dikhuatiri mengandungi virus Covid-19.

Mengakui terkilan kerana tidak menguruskan dan menghadiri pengebumian bapanya yang juga dikenali sebagai Ustaz Ahmad, Syafiqa reda dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19.

Abah seorang yang tegas dan penyayang, tapi abah susah nak tunjukkan dengan percakapan yang dia sayang kami

SYAFIQA HUMAIRAK

"Dari satu sudut, memanglah terkilan sebab tak dapat uruskan abah tapi dari sudut lain pula kami positif kerana segala urusan pengebumian abah dipermudahkan," katanya.

Syafiqa turut bersyukur kerana diberi peluang untuk bercakap dengan bapanya yang merupakan pesara kerajaan itu sebelum keadaan kesihatannya merosot.



Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di Ipoh.

"Abah seorang yang tegas dan penyayang, tapi abah susah nak tunjukkan dengan percakapan yang dia sayang kami, tapi dia tunjuk dengan cara ambil berat.

"Tapi saya paling terkesan pada Sabtu lepas (14 November) semasa buat panggilan dengan abah. Saya sempat minta maaf dengan abah dan alhamdulillah, abah maafkan saya.

"Tapi apa yang paling saya tak dapat lupakan apabila masa call tu, abah beritahu yang dia sayangkan saya. Susah abah nak sebut perkataan sayang, tak ingat bila dia sebut kerana selama ni kasih sayang abah hanya menerusi perbuatan," katanya dengan nada sebak.

Selain bapanya, Syafiqa berkata, ahli keluarganya yang lain turut dijangkiti Covid-19 termasuk anak saudaranya yang berumur setahun.

Katanya, arwah bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara di Ipoh.


1 comment:

IBU SUCHI said...

assalamualaikum wr, wb, saya IBU SUCHI saya Mengucapkan banyak2
Terima kasih kepada: AKI SOLEH
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
yang ingin merubah nasib
seperti saya ! ! !

SILAHKAN CHAT/TLPN DI WHATSAPP AKI: 082~313~336~747

Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
1: Di kejar2 tagihan hutang
2: Selaluh kalah dalam bermain togel
3: Barang berharga sudah
terjual buat judi togel
4: Sudah kemana2 tapi tidak
menghasilkan, solusi yang tepat.!!
5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
Dijamin anda akan berhasil
silahkan buktikan sendiri

Angka:Ritual Togel: Singapura

Angka:Ritual Togel: Hongkong

Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

Angka:Ritual Togel: Laos

Angka:Ritual Togel: Macau

Angka:Ritual Togel: Sidney

Angka:Ritual Togel: Brunei

Angka:Ritual Togel: Thailand

" ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung