Nuffnang

Saturday, December 5, 2020

Wow.. Remaja lelaki terselamat daripada ‘terkaman maut’ sang bedal

 

-


Seorang remaja lelaki terselamat selepas diserang buaya dianggarkan sepanjang 1.7m. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diselamatkan rakannya selepas diserang buaya dalam kejadian di Tuaran semalam.

Semasa kejadian mangsa mencari lokan serta siput di tebing sungai Kampung Mengkabong dan cuba menyeberangi sungai itu ketika reptilia berkenaan menerkamnya.

Ketua Polis Tuaran Mohd Hamizi Halim berkata, buaya dianggarkan sepanjang 1.7m itu cuba mengheret mangsa ke dalam air.

“Dia bernasib baik apabila rakan-rakan mendengar jeritannya lalu meluru ke arahnya,” kata Hamizi.

Dipercayai, rakan mangsa “menyerang” reptilia itu yang kemudian melepaskan remaja berkenaan sebelum hilang ke dalam air.

Hamizi berkata, mangsa yang mengalami kecederaan serius di badan dan kakinya dikejarkan ke hospital.

Beliau menasihati penduduk supaya menghubungi polis jika melihat kelibat reptilia itu.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung