Nuffnang

Thursday, January 14, 2021

Wow !!! Beza usia 8 tahun… Anak Ahmad Dhani, El Rumi tak terfikir bercinta dengan pilot

 

Beza usia 8 tahun… Anak Ahmad Dhani, El Rumi tak terfikir bercinta dengan pilot

El Rumi tak pernah terfikir untuk bercinta dengan seorang juruterbang.

PENYANYI El Rumi menjadi perbualan hangat peminat selepas bapa tirinya iaitu Irwan Mussry menjodohkan dia dengan seorang juruterbang cantik dikenali Athira Farina.

Menurut laporan DetikHot, Irwan mengusik anak tirinya itu selepas El Rumi mengakui berkenalan dengan seorang gadis di pulau peranginan Bali, baru-baru ini.

Gara-gara usikan itu, netizen membuat andaian memang benar anak kepada penyanyi Ahmad Dhani dan Maia Estianty ini sudah bertemu pengganti.

Menjawab mengenai gosip itu, El, 21, berkata dia belum mengenali gadis itu secara lebih mendalam.

Malah, perbezaan jarak usia juga menjadi penghalang untuk mereka serius memikirkan tentang cinta.

“Ya! Kenal macam itu saja, baru sangat kenal. Tak pernah terfikir nak bercinta dengan pilot... kebetulan orang jodohkan kami!

“Umur pun jauh beza, lapan tahun berbeza, ” katanya.

El sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Amanda Manopo dan Marsha Aruan.

Join grup Telegram mStar!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung